KOTA BHARU: Sejumlah 11,000 karton rokok dengan nilai RM1.8 juta berjaya dirampas pada jam 6.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud memaklumkan dua lelaki berbangsa Cina masing-masing berusia 20- dan 30-an yang berasal dari Kuala Lumpur telah ditahan.
"Sepasukan polis dari cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan telah menahan sebuah lori dan sebuah kereta jenis Toyota Vios di tepi jalan berhampiran simpang tiga lampu isyarat, bandar Ketereh, di sini.
"Hasil pemeriksaan ke atas lori telah menjumpai 11,000 karton rokok jenama 'Saat' yang disyaki diseludup dan tidak bercukai," katanya menerusi satu kenyataan.
Kedua-dua suspek pemandu lori dan kereta telah ditahan dan kesemua barang kes dirampas untuk tindakan lanjut.
"Kedua-dua suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing adalah negatif.
"Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967" tambahnya.
Menurut Mohd Rosdi, kejayaan itu adalah hasil risikan dan perancangan rapi serta berfokus oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan serta strategi pengukuhan lapisan kedua penguatkuasaan dan pemantauan sempadan yang dimulakan sejak dua bulan lalu.
Vivi Sumanti
Sat Jul 02 2022
Sejumlah 11,000 karton rokok dengan nilai RM1.8 juta berjaya dirampas pada Sabtu. -Astro AWANI
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras bernilai lebih RM850,000 termasuk cukai dan duti sejak Januari hingga September tahun ini.
Kastam Kelantan rampas tembakau kering bernilai lebih RM50,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas 3,980 kilogram tembakau kering bernilai RM59,700 selepas menahan sebuah lori di Jalan Machang- Jeli pada minggu lepas.
Op Transit: 7 individu termasuk pengarah syarikat, penguat kuasa ditahan reman
Tujuh individu termasuk pengarah syarikat dan tiga penguat kuasa ditahan reman tiga hari sehingga Ahad ini kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Polis tahan 84 pembangun aplikasi judi dalam talian
Polis menahan 84 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai berperanan membangunkan aplikasi judi dalam talian untuk pasaran luar negara.
Kastam Kelantan rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta termasuk cukai di pesisiran Pantai Senok di Bachok, Selasa lepas.
Lelaki ditahan bersama 21 kotak rokok seludup
Individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang.
JKDM Negeri Sembilan rampas 8,990 karton rokok, kretek tidak sah
JKDM Negeri Sembilan merampas 8,990 karton rokok putih dan kretek tidak sah bernilai RM144,032 dengan duti hampir RM1.2 juta dalam serbuan di ladang kelapa sawit Kampung Air Hitam, Klang, Selangor.
Polis rampas rokok seludup bernilai RM10 juta
Polis merampas sebanyak 143,950 karton rokok tidak bercukai bernilai RM10,864,000 dari sebuah stor di Bukit Rahman Putra di Sungai Buloh dekat sini, semalam.