KUALA LUMPUR: Cuba sedia untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan sejawatnya dari Malaysia bagi menghasilkan produk dan ubat-ubatan baharu, termasuk vaksin COVID-19, kata Dutanya ke Malaysia Florentino Batista-Gonzalez.
Beliau berkata dua vaksin COVID-19 buatan tempatan iaitu Soberana 2 dan Abdala yang digunakan untuk penduduknya telah terbukti berkesan.
Negara kepulauan Caribbean itu memanfaatkan kemajuan bioteknologi dan farmaseutikalnya dan memilih untuk tidak mengimport vaksin COVID-19 dari negara asing sebaliknya bergantung kepada vaksin keluaran tempatan.
"Hasilnya sudah jelas, kes telah menurun 50 peratus di kawasan penduduknya sudah divaksin, dan jumlah pesakit kritikal serta kematian juga turun dengan ketara," katanya dalam satu temu bual dengan Bernama.
Pada Isnin Cuba menyatakan vaksin Abdala dengan tiga kali suntikan kini dalam percubaan klinikal fasa akhir, terbukti 92.28 peratus berkesan terhadap virus COVID-19, manakala Soberana pula menunjukkan keberkesanan sebanyak 62 peratus.
Selain Soberana 2 dan Abdala, terdapat tiga calon vaksin lain - Soberana 01, Soberana Plus dan Mambisa.
Menurut Batista-Gonzalez, dua vaksin yang awal digunakan untuk merawat pesakit hampir sembuh, dan digabungkan dengan vaksin lain bagi merangsang tindak balas imun, atau memanjangkang tempoh perlindungan tanpa memerlukan pusingan baharu vaksinasi.
Menurutnya Mambisa pula adalah vaksin nasal dan mendapat kelulusan badan pemantau di Cuba untuk menjalani ujian klinikal.
Hasil awal Mambisa menunjukkan kesan sampingan yang minimum, tambahnya.
Setakat 17 Jun, lebih lima juta rakyat Cuba telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan menjelang Ogos, dijangkakan lebih lapan juta akan divaksinasi sepenuhnya.
Jumlah penduduk Cuba dianggarkan sekitar 11 juta.
Meskipun ketika ini sedang menghadapi gelombang ketiga dengan purata kes baharu melebihi 1,000 kes setiap hari, tetapi kematian akibat COVID-19 di negara ini masih antara yang terendah.
Menurut data worldometers.info setakat 22 Jun, Cuba mencatatkan 169,365 kes COVID-19 dengan 1,170 kematian dan 159,775 lagi pesakit telah sembuh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Florentino Batista-Gonzalez berkata Cuba sedia jalin kerjasama dengan rakan sejawatnya dari Malaysia bagi menghasilkan produk dan ubat-ubatan baharu, termasuk vaksin COVID-19. - twitter@SpokespersonMV

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Cuba sedia kerjasama dengan Malaysia bangunkan vaksin - Duta
Beliau berkata dua vaksin COVID-19 buatan tempatan iaitu Soberana 2 dan Abdala yang digunakan untuk penduduknya telah terbukti berkesan.