GEORGE TOWN: Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah merempuh pejalan kaki warga emas sehingga maut ketika melarikan diri daripada polis di Jalan Perak, di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, suspek berusia 46 tahun yang memandu Perodua Myvi turut hampir melanggar anggota polis yang mengejarnya, memaksa tembakan amaran dilepaskan anggota terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, terdahulu dua anggotanya cuba menahan kereta dipandu suspek di Jalan Datuk Keramat.
"Bagaimanapun, ketika diarahkan berhenti, suspek bertindak melarikan diri sebelum merempuh seorang pejalan kaki ketika melalui Jalan Perak, menyebabkan mangsa berusia 61 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
"Supek kemudian melarikan diri ke arah Jalan Van Pragh dan diarahkan berhenti di Jalan Batu Uban 2, namun dia bertindak agresif sehingga hampir melanggar anggota polis di lokasi kejadian.
"Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar sebelah kanan belakang kereta dinaiki suspek.
"Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal yang datang memberi bantuan turut melepaskan satu das tembakan di bahagian hadapan kereta," katanya di sini, pada Selasa.
Katanya, suspek yang bekerja sebagai pemotong rumput itu berjaya ditangkap tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Soffian, hasil pemeriksaan, polis menemui tiga paket dadah jenis heroin seberat 13 gram pada tubuh suspek.
"Siasatan lanjut juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod lampau membabitkan 14 kes dadah dan dua kes jenayah lain," katanya.
Jelas Soffian, kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan selain Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jun 15 2021
![Cuba lari daripada polis, pengedar dadah rempuh warga emas hingga maut Cuba lari daripada polis, pengedar dadah rempuh warga emas hingga maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623749170_PengedarDadah.jpg)
Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, suspek berusia 46 tahun yang memandu Perodua Myvi turut hampir melanggar anggota polis yang mengejarnya, memaksa tembakan amaran dilepaskan anggota terbabit. - Gambar/ Media sosial
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718874899_TBCourtHammer.jpg)
Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.48 kilogram, awal bulan ini.
![Pengedar letak tanda untuk jual dadah Pengedar letak tanda untuk jual dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705749075_TBTOKANDADAH.jpg)
Pengedar letak tanda untuk jual dadah
Tindakan itu dipercayai digunakan untuk penjualan kesemua jenis dadah berkenaan di salah satu lokasi tanah lot di Taman Sentosa.
![Polis Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023 Polis Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705210851_MazliMazlan.jpg)
Polis Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023
Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.
![Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704950265_TBcriminalgang.jpg)
Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.
![Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700653011_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara
Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini.
![Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697613164_Edardadah.jpg)
Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan
Lelaki terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 495.2 gram, tiga tahun lalu.
![Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697352694_dadah.jpg)
Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg
Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad kerana mengedar dadah seberat 4.7 kilogram (kg) di Taman Setia Tropika dekat sini pada awal bulan ini.
!['Transporter' ditahan bersama syabu RM5 juta 'Transporter' ditahan bersama syabu RM5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696402979_syabu.jpg)
'Transporter' ditahan bersama syabu RM5 juta
Polis menahan seorang pendawai elektrik bersama 157.185 kilogram (kg) syabu bernilai RM5.19 juta di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan pada jam 12.50 tengah hari, 3 Oktober lalu.
![11 termasuk dua remaja didakwa edar dadah 11 termasuk dua remaja didakwa edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696227897_edardadah.jpg)
11 termasuk dua remaja didakwa edar dadah
Seramai 11 sahabat terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita didakwa di Mahkamah Majistret,pada Isnin atas tiga pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 19 kilogram (kg) di Skudai.
![Pengedar dadah ditemukan tergantung dalam lokap Pengedar dadah ditemukan tergantung dalam lokap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688096769_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pengedar dadah ditemukan tergantung dalam lokap
Lelaki berusia 40 tahun itu ditemukan mati dalam keadaan tergantung dengan baju tahanan di jeriji besi pintu sel lokap.