KOTA KINABALU: Cuai dan memandu secara melulu dipercayai punca pemandu serta dua anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lintas berhampiran bawah jejambat Luyang di sini pada malam Jumaat.
Dalam kejadian jam 11.24 malam itu, mangsa lelaki Filipina yang juga pemandu pacuan empat roda berusia 44 tahun bersama dua anaknya dikenali sebagai Alkail, 16 dan Sazfa, 11, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
BACA: 3 sekeluarga maut, 1 parah kenderaan rempuh tiang jejambat
Sementara itu, seorang lagi anak kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga anak saudara pemandu sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dalam perjalanan dari arah Rampayan menuju ke jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) melalui Jalan Lintas.
"Sebaik tiba di lokasi, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebuah tiang besar jejambat berhampiran.
"Akibat kejadian itu, remaja lelaki dan sepupunya yang duduk di bahagian belakang penumpang tercampak keluar dari kenderaan, manakala pemandu dan anaknya yang duduk di bahagian hadapan tersepit dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Katanya, usaha mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit dilakukan sebelum tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.
"Seorang mangsa membabitkan kanak-kanak mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang menerima rawatan rapi di Zon Merah HQEI.
"Hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri yang memandu dengan melulu di permukaan jalan yang licin akibat hujan, namun siasatan masih diteruskan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 06 2022
Kemalangan yang mengorbankan tiga beranak dalam kejadian di Jalan Lintas berhampiran jejambat Luyang, Kota Kinabalu. -Foto Sinar Harian
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
Kim Seri berkata kerugian itu mula ditanggung sejak Februari lalu berikutan ulasan buruk yang diterima daripada pelanggan mengenai restorannya.
Tragedi rempuhan sempena agihan makanan pra-Krismas ragut 67 nyawa di Nigeria
Tragedi rempuhan untuk mendapatkan makanan percuma telah meragut nyawa 67 rakyat Nigeria sepanjang tempoh pra-Krismas.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 Disember 2024.
Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.
Angka kematian di Nigeria meningkat kepada 32 orang
Angka kematian akibat tragedi rempuhan semasa acara amal Krismas di Nigeria meningkat daripada 13 kepada 32 individu setakat ini. Perkara itu dinyatakan polis dalam kenyataan pada Ahad.
Empat kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Empat kanak-kanak Palestin antara lima mangsa yang terkorban dalam serangan terbaharu tentera Israel di Jabalia, utara Gaza pada pagi Ahad. Jumlah mangsa itu seperti yang dinyatakan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang turut mengesahkan kejadian itu.
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".
Empat maut, helikopter terhempas di hospital di Turkiye
Sebuah helikopter terhempas di sebuah hospital di wilayah Mugla, barat daya Turkiye, mengorbankan empat orang, menurut Gabenor wilayah itu, Idris Akbiyik.
Cuai punca tiga beranak maut, anak saudara parah
Hasil siasatan mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu sendiri yang memandu dengan melulu di permukaan jalan yang licin akibat hujan.
3 sekeluarga maut, 1 parah kenderaan rempuh tiang jejambat
Jimmykal Assam, pemandu kenderaan Nissan Navara dikatakan terbabas sendiri sebelum merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang.