BACHOK: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memberi kelonggaran kepada ibu bapa untuk tidak menghantar anak mereka ke tabika serta taska pada musim panas ini, kata Ketua Pengarahnya Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.
Beliau berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua guru kelas sejak 27 April lepas di bawah Arahan Pentadbiran Bilangan 7 melibatkan tabika dan taska seluruh negara.
"Arahan ini melibatkan 10,800 tabika dan 550 taska dengan 218,000 kanak-kanak mengikuti pembelajaran di bawah KEMAS seluruh negara.
"Kita juga bersedia mempertimbangkan penutupan terus tabika dan taska sekiranya suhu mencecah 40 darjah Celsius dan ke atas bagi tujuan keselamatan kepada kanak-kanak berkenaan," katanya selepas Program Jom Masuk Kampung Peringkat Negeri Kelantan di Kampung Kubang Telaga, di sini pada Khamis.
Turut hadir Presiden Warisan Bachok Gemilang Datuk Yusri Che Noh dan Pengarah KEMAS Kelantan Hashim Alang Abdul Hamid.
Ahmad Kamal berkata satu garis panduan dibuat kepada guru supaya sentiasa memantau suhu persekitaran iaitu sekiranya 35 hingga 37 darjah Celsius, mereka dibenarkan tidak melakukan aktiviti di luar bilik darjah.
"Dari segi pengudaraan, kelas tidak ada penyaman udara kalau ada pun tidak mampu menampung keadaan cuaca panas, jadi guru diminta membuka tingkap.
"Kalau tahap suhu 37 hingga 40 darjah Celsius, kita sudah beri arahan dan garis panduan supaya kelas ditutup melibatkan kanak-kanak berusia dua hingga lapan tahun yang belajar di tabika serta taska," katanya.
Menurutnya pihak KEMAS ada menerima beberapa laporan daripada tabika dan taska di Kelantan, Johor dan negeri lain berhubung situasi cuaca panas, tetapi setakat ini belum ada sebarang kes berkaitan keadaan tersebut.
Katanya jabatan itu akan memantau dari semasa ke semasa dan laporan perlu dibuat secara prosedur termasuk memaklumkan kepada pegawai daerah serta pengarah negeri untuk sebarang kelulusan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Ahmad Kamal Idris berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua guru kelas sejak 27 April lepas di bawah Arahan Pentadbiran Bilangan 7 melibatkan tabika dan taska seluruh negara. - Foto fail/BERNAMA
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
PKP 2.0: Taska, tadika swasta perketat SOP selepas kerajaan benar beroperasi
Tinjauan Astro AWANI di beberapa taska dan tadika di Kuala Lumpur dan Selangor mendapati, tahap pematuhan SOP menjadi keutamaan.
Pendidikan Rukun Negara dicadang diserap dalam kurikulum sekolah - Menteri
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pendidikan Rukun Negara diserap semula dalam kurikulum sekolah, selari dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan antara rakyat.