Peralihan antara musim kering dan hujan di kawasan bakau merupakan faktor serangan merebak ulat bulu hitam di Kampung Tepi Laut Mukim Tebengau di Kuala Kedah, Kedah baru-baru ini.
Jabatan Pertanian dalam kenyataan pada Khamis berkata keadaan itu juga didapati mempengaruhi populasi musuh yang dapat mengawal serangga perosak tersebut secara semula jadi.
Serangan serangga itu atau nama biasanya Rama-rama Jati (Teak Defoliator) juga dipercayai akibat sumber makanan serangga berkenaan seperti pokok jati dan pokok api-api (Avicennia spp) yang terdapat berhampiran kampung tersebut telah berkurangan sehingga menyebabkan serangga itu terpaksa mencari sumber lain dan kampung berkenaan menjadi tumpuan populasi serangga itu.
"Serangga ini terdapat di kawasan tropika dan hidup secara semula jadi di kawasan hutan dan paya bakau. Ia perosak utama pokok jati dan perosak 'minor' kepada lebih 45 jenis tumbuhan, kebanyakannya pokok hutan atau paya bakau seperti pokok api-api," menurut jabatan itu.
Sebelum ini, media melaporkan ribuan ulat bulu hitam memenuhi jalan kampung dan pokok-pokok di kampung berkenaan, selain memasuki kenderaan dan rumah, sehingga menjejaskan majlis perkahwinan seorang daripada penduduk di situ pada 27 Nov lalu.
Ulat-ulat itu dihapuskan dan dikawal daripada merebak melalui semburan racun perosak cypermethrin yang dilakukan Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) dari Jabatan Pertanian Kedah pada 29 Nov.
Menurut jabatan itu, kejadian tersebut boleh berulang dan pihak berkuasa tempatan seharusnya bersedia untuk menghadapi insiden tersebut.
Jika kejadian serangan itu berlaku, orang awam boleh menghubungi pegawai jabatan dari BBT Kuala Lumpur di talian 03-2030 1400 atau mana-mana Pejabat Pertanian berhampiran, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2016
Peralihan antara musim kering dan hujan di kawasan bakau merupakan faktor serangan merebak ulat bulu hitam di Kampung Tepi Laut Mukim Tebengau di Kuala Kedah, Kedah baru-baru ini. -Gambar fail
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Sambutan Aidilfitri suram, penduduk dakwa lori tangki tak hantar air
Sambutan Aidilfitri bagi lebih 100 keluarga di Kampung Tepi Laut, Tebengau di sini agak suram tanpa bekalan air mencukupi, yang didakwa sudah berlarutan sejak kira-kira tiga bulan lalu.
Cuaca antara sebab serangan merebak ulat bulu hitam - Jabatan Pertanian
Keadaan itu juga didapati mempengaruhi populasi musuh yang dapat mengawal serangga perosak tersebut secara semula jadi.