BATU GAJAH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedia untuk mengkaji semula peruntukan di bawah program tanggungjawab sosial (CSR) ekoran pandemik COVID-19 telah menyebabkan golongan yang memerlukan semakin bertambah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, ia sesuai dengan objektif asal syarikat untuk mendekatkan TNB dengan rakyat, khususnya mereka yang kurang bernasib baik.
Bagaimanapun, katanya, ia juga bergantung kepada keuntungan serta kadar zakat yang dikeluarkan.
“Peruntukan yang sewajarnya datang dari pemberian zakat yang kita dapat dan kita sentiasa terbuka kerana kita berpegang kepada prinsip sesungguhnya TNB satu organisasi yang begitu dekat dengan rakyat.
“Jadi apa-apa yang kita rasa kita dapat menyumbang ke arah itu, kita terbuka untuk mengkaji semula jika perlu peruntukan-peruntukan yang sesuai kerana objektif asalnya, objektif pokoknya ialah mendekatkan diri Tenaga Nasional dengan rakyat, khususnya mereka yang kurang bernasib baik,” katanya.
Beliau ditemui di majlis penyerahan rumah di bawah Program Baiti Jannati TNB di Kg Tersusun Sungai Terap, Batu Gajah, dekat Ipoh, hari ini.
Beliau memberi contoh di bawah Program Baiti Jannati, TNB telah membina dan membaik pulih 879 buah rumah sejak 2007 dengan peruntukan hampir RM40 juta.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, program berkenaan melibatkan 117 buah rumah dengan peruntukan lebih RM5 juta di Perak.
“Dengan adanya tanggungjawab korporat oleh TNB sendiri ianya dapat membantu kita memberikan rumah yang selesa kepada masyarakat sama ada yang miskin bandar ataupun miskin di luar bandar dapat diberikan perhatian,” ujarnya.
Dalam pada itu, keluarga Allahyarham Norazman Abdul Rahman melahirkan rasa gembira dan terharu kerana menerima sebuah rumah yang selesa.
Isterinya, Norismah Ismail, 49, berkata, mereka sekeluarga berasa lega kerana rumah lama yang berusia 50 tahun telah reput dimakan anai-anai.
Anak sulong keluarga itu, Norfatihah Norazam, 19, berkata, sebelum meninggal dunia pada Oktober lalu, ayahnya telah membuat banyak rancangan apabila rumah baharu mereka siap.
“Dia memang tidak sabar untuk melihat rumah siap dan merancang untuk menghiasi rumah, khususnya di ruang tamu. Dia juga sangat bersyukur kerana kami akan dapat sebuah rumah baru,” ujarnya.
Norfatihah turut mempunyai dua orang adik, Noralif Eizham, 16, dan Norannisa, 12.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 14 2022

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun menyerahkan replika kunci rumah kepada Norismah Ismail pada Majlis Penyerahan Rumah Projek Baiti Jannati TNB hari ini. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

CSR: TNB sedia kaji semula peruntukan
TNB sedia untuk mengkaji semula peruntukan di bawah program tanggungjawab sosial (CSR) ekoran pandemik COVID-19 telah menyebabkan golongan yang memerlukan semakin bertambah.