KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan terdapat enam kematian yang direkodkan akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 354 kes baharu direkodkan hari ini, di mana 352 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua adalah kes import.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, jumlah pesakit yang sembuh hari ini adalah sebanyak 188 kes. 

"Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 332 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara.

"Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 23 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 324 kes," katanya dalam sidang media mengenai perkembangan semasa COVID-19 pada Jumaat.

Sabah mencatatkan 274 kes, Kedah (10 kes), Selangor (24 kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mencatatkan dua kes.

Manakala, dua kes import adalah warganegara Malaysia yang mengembara di luar negara iaitu di India dan Oman. 

"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,863 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," ujar beliau. 

Enam kematian baharu akibat COVID-19 yang dicatatkan hari ini melibatkan semua warganegara Malaysia iaitu: 
 
1. Seorang lelaki berusi 54 tahun, dan mempunyai penyakit darah tinggi dan asma. (Hospital
Tawau)

2. Seorang lelaki berusia 68 tahun. (Hospital Semporna)

3. Seorang wanita berusia 66 tahun dan mempunyai sejarah Penyakit kencing manis, darah tinggi dan
batuk kering (PTB). (Hospital Queen Elizabeth)

4. Seorang wanita 58 tahun (Hospital Tawau)

5. Seorang wanita berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi. (Hospital Semporna)

6. Seorang lelaki berusia 64 tahun dan mempunyai penyakit bengkak kelenjar prostat (BPH). (Hospital
Queen Elizabeth)



BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)