KOTA BHARU: Situasi semasa COVID-19 di Kelantan yang menyaksikan peningkatan ketara kes baharu telah menyebabkan fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) COVID-19 di negeri ini sudah penuh.
Pengerusi Jawatankuasan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin berkata situasi itu juga menyebabkan petugas kesihatan tidak mencukupi.
"Kadar kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) hari ini adalah yang tertinggi dengan nilai 1.44 sekali gus melebihi Rt nasional iaitu 1.15.
"Kes harian bagi negeri Kelantan adalah yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu sebanyak 662 kes dan merupakan kes harian tertinggi di Malaysia hari ini, menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 10,199 kes," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Katanya satu kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan sebanyak 31 kluster aktif di Kelantan manakala terdapat lebih 3,000 kes tertangguh dan 3,493 kes aktif.
Susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negeri ini, semua jajahan di Kelantan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 29 April.
Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 April manakala PKP di Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021
Dr Izani Husin berkata situasi itu juga menyebabkan petugas kesihatan tidak mencukupi. - Gambar fail
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Restoran beroperasi separuh abad dikompaun guna logo halal tidak sah
Sebuah restoran di Kota Bharu yang telah beroperasi sejak lebih separuh abad dikompaun kerana menggunakan logo halal tidak sah.
Kelantan harap RMK13 pertimbang pelaburan strategik dalam sektor pembuatan
Kerajaan negeri telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi sebagai kawasan perindustrian baharu.
Cadangan pembinaan tembok: Kelantan perlu hampir RM450 juta kos pengambilan tanah - MB
Kerajaan Kelantan memerlukan kira-kira RM445.748 juta bagi kos pengambilan balik tanah di kawasan yang terlibat dalam cadangan pembinaan tembok dan zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand.
Thailand setuju jika Malaysia bina tembok keselamatan dan banjir sepanjang sempadan di Kelantan
Kerajaan Thailand menyambut baik cadangan kerajaan Kelantan untuk mengusulkan kepada Kerajaan Pusat mengenai pembinaan tembok keselamatan dan kawalan banjir di sempadan Sungai Golok-Rantau Panjang.
MTL: APM tugaskan 900 keanggotaan di seluruh Kelantan
Sebanyak 900 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan akan ditugaskan sepanjang musim Monsun Timur Laut di negeri ini.
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
Penyanyi wanita popular Kelantan ditahan di Golok
Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.
Tahap kesedaran di Kelantan masih rendah walaupun akta rokok sudah dikuat kuasa
Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati masih ada individu yang merokok di kawasan larangan termasuk premis makanan.
Projek tebatan banjir, rawatan air di Kelantan sentiasa jadi fokus Kerajaan Persekutuan
Fadillah berkata, semua projek tebatan banjir dan rawatan air di Kelantan sedang berjalan dan disiapkan.
Belanjawan 2025: Tiada kemudahan sukan lengkap, Kelantan harap peruntukan tambahan
Kerajaan Kelantan berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan untuk pembangunan infrastruktur sukan negeri ini menerusi Belanjawan 2025.