KOTA KINABALU: Upacara pengebumian dan menghormati kematian di Kampung Mokodou, Ranau mencetus Kluster Mokodou dengan 94 kes jangkitan COVID-19 dikesan, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata, kes indeks kluster jenis komuniti itu merupakan seorang warga emas lelaki berusia 65 tahun dikesan positif COVID-19 di Hospital Ranau pada Sabtu lepas.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati isteri kepada lelaki itu meninggal dunia pada 15 September lepas akibat kanser usus, dan upacara penghormatan terakhir telah dilakukan di rumah lelaki itu di Kampung Mokodou.
"Ia dihadiri hampir 60 peratus penduduk Kampung Mokodou serta ahli keluarga daripada Kampung Tumbalang.
"Saringan kontak rapat telah dilakukan dan mengesan pertambahan bilangan kes positif di Mukim Malinsau dan Mukim Timbua dalam kalangan ahli keluarga dan kenalan yang menghadiri majlis pengebumian di Kampung Tumbalang," katanya menerusi kenyataan Rabu malam.
Katanya daripada 146 orang yang disaring melibatkan kluster itu, 94 orang didapati positif termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan pada Rabu.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 1,000 kes positif COVID-19 pada Rabu dan daripada jumlah itu 551 kes atau 55.1 peratus dikesan daripada saringan kontak rapat.
Eleanor Michelle Patrick
Wed Sep 29 2021
Masidi berkata Sabah merekodkan 1,000 kes positif COVID-19 pada Rabu dan daripada jumlah itu 551 kes atau 55.1 peratus dikesan daripada saringan kontak rapat. - Astro AWANI
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Dakwaan dadah dijual seperti pisang goreng di Sabah keterlaluan - Polis
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menyifatkan dakwaan dadah dijual seperti 'pisang goreng' di Sabah sebagai satu kenyataan yang keterlaluan.
15 SST projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dikeluarkan suku ketiga 2024
Sebanyak 15 Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN
Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah
Empat negeri didapati mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi daripada nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku terima permohonan mulai esok
Kabinet Negeri Sabah meluluskan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan bersedia menerima permohonan daripada peserta mulai esok, 1 Julai.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.