Ujian saringan COVID-19 terhadap 366,787 penduduk di kawasan Kota Setar yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran mulai semalam, dijangka mengambil masa kira-kira seminggu, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Sehubungan itu, beliau meminta semua penduduk terlibat memberi kerjasama dan hadir di klinik kesihatan berhampiran untuk menjalani ujian berkenaan.
"Kementerian Kesihatan (KKM) kini giat mengesan kontak rapat Kluster Telaga dan Kluster Sungai. Kami juga melakukan kerja-kerja nyah cemar di premis yang dikenal pasti dikunjungi oleh individu positif COVID-19 daripada kluster berkenaan.
"Kira-kira 100 petugas kesihatan dari daerah lain di Kedah dikerah ke Kota Setar untuk membantu melaksanakan proses itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) Selangor di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Dr Noor Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan PKPD secara pentadbiran di Kota Setar yang berkuat kuasa semalam.
Selain itu Dr Noor Azmi berkata pihaknya juga sedang mengatur gerak petugas kesihatan dari negeri lain untuk ke Kedah bagi membantu meringankan beban kerja petugas kesihatan di lokasi berkenaan.
Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di 28 mukim di Kota Setar, Kedah selepas mengambil kira peningkatan kes positif COVID-19 membabitkan Kluster Sungai dan Telaga di daerah itu.
Sementara itu mengenai program hari ini, Dr Noor Azmi berkata KKM akan memberikan latihan bantuan kecemasan kepada sukarelawan Kospen bagi menambah nilai peserta terlibat.
"Kami juga akan menilai dari semasa ke semasa untuk menambah baik latihan dan beberapa aspek lain lagi supaya sukarelawan Kospen dapat melaksanakan kerja-kerja mereka dengan lebih berkesan," katanya.
Kospen merupakan antara inisiatif KKM untuk memperkasakan bidang kesihatan, khusus bagi mencegah dan mengawal faktor risiko penyakit tidak berjangkit dan sukarelawannya berperanan sebagai ejen membentuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 12 2020
Dr Noor Azmi berkata pihaknya juga sedang mengatur gerak petugas kesihatan dari negeri lain untuk ke Kedah. -Gambar/ Bernama
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
COVID-19: Ujian saringan penduduk Kota Setar ambil masa seminggu
Ujian saringan COVID-19 terhadap 366,787 penduduk di kawasan Kota Setar yang dikenakan PKPD secara pentadbiran mulai semalam, dijangka mengambil masa seminggu.