AMSTERDAM: Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) beri amaran, situasi COVID-19 di Eropah, walaupun telah stabil, namun pandemik itu masih jauh daripada berakhir.

Ketua Ancaman Kesihatan Biologi dan Strategi Vaksin EMA, Marco Cavaleri berkata, COVID-19 akan terus memberi kesan kepada kehidupan masyarakat.

Justeru, semua pihak perlu terus berwaspada dan harus bersedia untuk kemunculan varian baharu dan kemungkinan lonjakan kes COVID-19 terutamanya pada musim sejuk akan datang.

Cavaleri juga berkata, keutamaan sekarang adalah untuk membangunkan vaksin adaptif yang boleh menangani varian baharu.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah, penularan keseluruhan COVID-19 menurun di kebanyakan negara EU.

Tiada negara melaporkan peningkatan dalam kadar kematian covid-19 dalam beberapa minggu kebelakangan ini.