Sidang media harian perkembangan berkaitan semasa COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) akan diadakan lebih awal berbanding kebiasaan sepanjang bulan Ramadan.

Menurut kementerian tersebut, sidang media yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah itu akan diadakan kira-kira jam 4 petang atau 4.30 petang setiap hari.

Sebelum ini, sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen itu dijalankan pada jam 5 petang.


Menerusi sidang media tersebut, Dr Noor Hisham memperincikan status terkini COVID-19 di negara ini termasuk membabitkan kes positif, kematian dan pesakit yang disahkan sembuh sepenuhnya.

Selain itu, beberapa isu lain akan turut diperjelaskan termasuk soalan yang dikemukakan oleh petugas media.