Kawalan kemasukan di laluan sempadan Sarawak-Kalimantan terus diperketatkan melalui Op Benteng susulan peningkatan kes COVID-19 di negeri itu sejak kebelakangan ini.
Tindakan proaktif tersebut merupakan langkah susulan daripada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bagi mengawal kemasukan pengunjung luar ke negeri itu khasnya yang melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Jelas Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, pasukan dibahagikan mengikut lapisan dan mempunyai peranan masing-masing.
“Pasukan tindakan terbahagi kepada beberapa lapisan untuk melaksanakan tugasan. Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah bersedia di sempadan.
“Lapisan kedua Op Benteng pula melibatkan sekatan jalan raya (SJR),” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Tambah beliau lagi, di peringkat ketiga SJR ataupun dikenali sebagai Snapcheck, pegawai termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memeriksa kenderaan secara mobil berdasarkan maklumat risikan yang diterima sama ada dari pihak penguatkuasa mahu pun orang awam.
“Pasukan bertugas setakat ini telah berjaya melakukan dua tangkapan melibatkan PATI di Jalan Lundu, Bau dan Kuching yang merupakan jalan utama ke kawasan tersebut (Serikin).
“Setiap mereka yang ditahan perlu diperiksa bagi melihat status COVID-19 dalam tempoh 14 hari,” katanya.
Ujar Poge lagi, setelah melalui prosedur tersebut, individu PATI akan diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Setakat Jun sehingga Julai tahun ini, beliau memberitahu, sejumlah 5,776 kenderaan yang melalui jalan sempadan, Bau-Serikin telah diperiksa.
Astro Awani
Wed Jul 29 2020
Jelas Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, pasukan dibahagikan mengikut lapisan dan mempunyai peranan masing-masing. - Astro AWANI
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Tun Juhar
Keadaan sosiopolitik Sabah yang stabil akan membolehkan pengagihan ekonomi, pendapatan dan kekayaan negeri dilakukan secara adil dan saksama kepada semua rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ju
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Kerajaan akan pastikan kebajikan warga ATM terpelihara - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengesahkan bahawa ATM telah menghantar pasukan pertama ke Turkiye bagi membantu usaha pencarian di sana.
COVID-19: Sarawak pertingkat kawalan sempadan melalui Op Benteng
Ini bagi mengekang penularan COVID-19 dari Indonesia ke negeri itu selain menghalang kemasukan PATI.