KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah membuat ketetapan untuk memperketat prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 di pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan premis jualan barangan yang lain bermula Selasa ini (25 Mei).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata oleh itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memastikan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi antaranya mengehadkan masa lawatan pengunjung kepada hanya sejam.
Jurucakap rasmi COVID-19 kerajaan negeri itu berkata seorang pelanggan juga harus mempunyai ruang 18.58 meter persegi (200 kaki persegi) dalam sesebuah premis bagi membolehkan penjarakan fizikal dilaksanakan secara berkesan.
"PBT dikehendaki untuk menetapkan maksimum bilangan pengunjung kepada 50 peratus kapasiti sesebuah premis manakala operasi perniagaan premis terlibat pula hanya dibenarkan sehingga 9 malam," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata perniagaan restoran termasuk di hotel dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam manakala yang lain seperti kedai makan, kedai dobi, kedai gunting rambut dan pusat cuci kenderaan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 9 malam.
BACA: Bermula Selasa, hanya dua jam masa dibenarkan di pusat beli-belah - Menteri
Masidi juga berkata satu kluster baharu COVID-19 dikenal pasti semalam iaitu Kluster Jalan Mangga melibatkan kes indeks seorang warga emas lelaki berusia 69 tahun dari Inanam yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan bergejala.
"Hasil siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis hari jadi di Jalan Mangga pada 13 Mei lepas dan saringan kontak mendapati 13 lagi kes positif melibatkan ahli keluarga dan generasi kedua, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes," katanya.
Mengenai perkembangan COVID-19 di Sabah, beliau berkata sebanyak 136 jangkitan baharu pandemik itu direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu kini 60,378.
"Seramai 49 pesakit COVID-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah seramai 58,710 orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Masidi berkata pihak berkuasa tempatan akan memastikan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi antaranya mengehadkan masa lawatan pengunjung kepada hanya sejam. - Gambar fail
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Dakwaan dadah dijual seperti pisang goreng di Sabah keterlaluan - Polis
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun menyifatkan dakwaan dadah dijual seperti 'pisang goreng' di Sabah sebagai satu kenyataan yang keterlaluan.
15 SST projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dikeluarkan suku ketiga 2024
Sebanyak 15 Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Kerajaan Sabah warta Hari Sabah pada 31 Ogos
Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos.
Penari cilik Sabah bersinar di Tarian Piala Dunia, bawa pulang 3 pingat emas
Pelajar dari empat sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Mutiara, SK St. Agnes, SK Sri Gaya, dan SK Bundu berjaya membawa pulang dua perak dan dua pingat gangsa di Tarian Piala Dunia (DWC) di Prague
Projek bekalan air luar bandar Sabah, Sarawak tidak capai objektif - LKAN
Gangguan bekalan air di Sarawak dan Sabah yang tidak ditangani dengan baik menyebabkan penduduk luar bandar di dua negeri tersebut, masih tidak dapat menikmati bekalan air bersih dan terawat.
Bank Rakyat tawar moratorium sehingga 6 bulan kepada mangsa banjir di Sabah
Kemudahan ini ditawarkan bagi mengurangkan beban dan kesulitan yang dihadapi pelanggan sekali gus berharap dapat memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.
Miskin tegar: Kerajaan beri tumpuan kepada Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah
Empat negeri didapati mempunyai peratusan kemiskinan tegar lebih tinggi daripada nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.
Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.
Program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku terima permohonan mulai esok
Kabinet Negeri Sabah meluluskan program Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (Sabah-MM2H) dan bersedia menerima permohonan daripada peserta mulai esok, 1 Julai.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.