KUALA LUMPUR: Sabah melaporkan pertambahan 1,205 kes positif COVID-19 pada Sabtu, sekali gus menyaksikan peningkatan tiga kali ganda angka kes positif dalam masa tiga hari.
Menerusi jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Datuk Seri Masidi Manjun, empat daerah mencatatkan kes tiga angka melibatkan Sandakan dengan 230 kes, Kota Kinabalu (213), Penampang dan Tuaran, masing-masing dengan 113 kes.
Selain itu, 527 kes daripada jumlah keseluruhan hari ini bersamaan 43.7 peratus berpunca daripada jangkitan sporadik.
‘’Statistik ini menunjukkan virus itu sudah bertapak dalam komuniti dan akan mengakibatkan kadar jangkitan yang lebih cepat dan meluas.
‘’Adalah dijangkakan jumlah kes harian akan terus melambung naik dalam tempoh terdekat. Keadaan akan memburuk sebelum ia beransur pulih,’’ katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu.
Selain itu, satu kluster baharu juga dilaporkan melibatkan Kluster Kampung Weston di Beaufort yang berpunca daripada majlis perkahwinan yang dihadiri ahli keluarga dari Kampung Lubok dan Kampung Menengah, Weston.
‘’Kes indeks merupakan seorang lelaki berumur 66 tahun disahkan positif melalui ujian Rt-PCR pada 3 Februari 2022 di Klinik Kesihatan Penampang kerana bergejala seperti demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Januari 2022.
‘’Hasil saringan kontak rapat, tiga kontak rapat yang tinggal serumah juga dikesan positif. Pesakit pernah menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Lubok dan Kampung Menengah, Weston pada 29 dan 30 Januari lalu,’’ tambahnya.
Setakat ini, Kluster Kampung Weston mencatatkan 27 kes COVID-19 termasuk 22 kes yang dilaporkan pada hari ini dan semua pesakit telah diasingkan serta diberikan rawatan selanjutnya.
Antara lain, 1,198 kes yang dilaporkan pada Sabtu melibatkan Kategori 1 dan 2, tiga kes Kategori 3, satu kes Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5.
Syafik Shukri Jalil
Sat Feb 05 2022

Antara lain, 1,198 kes yang dilaporkan pada Sabtu melibatkan Kategori 1 dan 2, tiga kes Kategori 3, satu kes Kategori 4 dan tiga kes dalam Kategori 5. - Gambar fail BERNAMA

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

COVID-19: Sabah terus catat trend penurunan 176 kes harian
Sabah terus menunjukkan trend penurunan kes positif COVID-19 apabila hari ini merekodkan 176 kes berbanding 188 kes semalam.

COVID-19: Sabah catat 1,205 kes baharu, naik tiga kali ganda dalam tiga hari
Sabah melaporkan pertambahan 1,205 kes positif COVID-19 pada Sabtu sekali gus menyaksikan peningkatan tiga kali ganda angka kes dalam masa tiga hari.

Sabah putuskan beli vaksin sendiri - Masidi
Kerajaan Sabah memutuskan untuk membeli vaksin COVID-19 sendiri bagi menampung kekurangan sementara bekalan itu di negeri tersebut.

Saringan lapangan bersasar punca kes positif COVID-19 di Sabah tinggi
Peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi setiap hari di Sabah adalah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan serta bersasar di 11 kawasan jangkitan.