KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan R-naught COVID-19 di Malaysia menunjukkan penurunan 0.03.

Angka itu turun pada Isnin berbanding 1.12 pada hari sebelumnya.

Kesemua negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0.

Labuan mencatatkan nilai R-naught tertinggi dengan 1.61.

Ini diikuti Perlis, Melaka Sabah, Negeri Sembilan, Kelantan, Putrajaya dan Kedah.

Seterusnya Pahang, Terengganu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak Johor dan Pulau Pinang.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.