LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan hari ini mengarahkan pusat beli-belah di Kompleks Ujana Kewangan Labuan ditutup berkuat kuasa hari ini ekoran beberapa penemuan kes COVID-19 di premis berkenaan.
Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata pihaknya mengesan satu kes positif melibatkan kakitangan dan beberapa pesakit positif COVID-19 yang berkunjung ke premis di kompleks berkenaan.
Beliau berkata penutupan tiga hari sehingga 16 Mei itu bertujuan untuk mengesan kontak dan proses sanitasi.
Pengurus kanan kompleks, Ishamuddin Mansor berkata penutupan itu tidak membabitkan ratusan unit pejabat kewangan luar pesisir Malaysia dan antarabangsa di bangunan pejabat utama kompleks berkenaan.
"Pangsapuri Perkhidmatan Beta dan Kondominium Alpha yang terletak di dua sayap kompleks kekal dibuka kepada penyewa, namun dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya.
Arahan penutupan pusat beli-belah berkenaan hari ini merupakan kali kedua selepas November lepas dengan kemunculan kluster Sky Coklat membabitkan beberapa staf kedai bebas cukai.
Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 2,507 setakat ini dengan satu kluster aktif Layang-Layangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 14 2021
Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata pihaknya mengesan satu kes positif melibatkan kakitangan dan beberapa pesakit positif COVID-19 yang berkunjung ke premis di kompleks berkenaan. - Sumber foto Google
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Peningkatan signifikan kes AGE di Labuan, tiada kluster dikesan
Walaupun terdapat peningkatan mendadak, tiada kelompok AGE atau wabak keracunan makanan dikesan sehingga minggu Epidemiologi ke-25.
COVID-19: Hampir 200 sepanduk notifikasi zon merah di Labuan diturunkan
Hampir 200 sepanduk notifikasi zon merah COVID-19 yang dipasang di tiang lampu di pusat bandar raya telah diarah diturunkan serta-merta.
COVID-19: Pusat beli belah Kompleks Ujana Kewangan Labuan diarah tutup
Jabatan Kesihatan Labuan hari ini mengarahkan pusat beli-belah di Kompleks Ujana Kewangan Labuan ditutup berkuat kuasa hari ini ekoran beberapa penemuan kes COVID-19 di premis berkenaan.
Kes denggi di Labuan menurun
Jumlah kes denggi di sini dari Januari hingga kini menurun kepada hanya lima kes berbanding 22 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.
Kementerian Kesihatan pantau penyakit berkaitan vape di dalam dan luar negara
Kementerian akan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan kes sedemikian yang berlaku di dalam negara akan dilaporkan.
Remaja dimasukkan ke hospital disebabkan hisap vape
Seorang remaja lelaki telah dimasukkan ke Hospital Nukleus Labuan dan menerima rawatan untuk kerosakan bahagian dalaman paru-paru, disyaki akibat menghisap vape.