Pulau Pinang mengekalkan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 melebihi 99 peratus, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo.
Beliau berkata sehingga 12 Ogos, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah melakukan pemeriksaan masing-masing di 209,996 premis di pulau dan 449,231 premis di Seberang Perai.
"Menurut kedua-dua majlis itu, kadar pematuhan SOP di pulau itu pada 99.56 peratus manakala di tanah besar pada 99.34 peratus," katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.
Jagdeep berkata kedua-dua majlis bandaraya berkenaan telah mengambil tindakan proaktif untuk memastikan kesihatan dan keselamatan awam terhadap COVID-19 sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Beliau berkata antara 12 Jun dan 6 Ogos, kedua-dua majlis bandaraya itu telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan mengadakan operasi penguatkuasaan bersama di negeri ini untuk memastikan pematuhan SOP.
"Saya difahamkan bahawa sebanyak 274 kompaun pada RM1,000 setiap satu telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang antara 10 Jun dan 6 Ogos," katanya.
Sepanjang PKP, beliau berkata MBPP telah mengeluarkan 43 pemberitahuan kepada penjaja yang enggan memakai pelitup muka di enam pasar awam.
MBSP juga telah menutup 13 premis makan di Seberang Prai kerana tidak mematuhi SOP, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 13 2020
![COVID-19: Pulau Pinang terus catat pematuhan SOP hampir sepenuhnya COVID-19: Pulau Pinang terus catat pematuhan SOP hampir sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594911516_PulauPinang.jpg)
Kadar pematuhan SOP di pulau itu pada 99.56 peratus manakala di tanah besar pada 99.34 peratus. - Gambar fail Bernama
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723553013_TBAnwarIbrahim.jpg)
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
![Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19 Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723164238_NoahLyles.jpg)
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.
![[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia [KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622415528_fake.jpg)
[KOLUMNIS] Bahaya maklumat salah: Ancaman keamanan dan keharmonian di Malaysia
Maklumat yang salah bukan sahaja ancaman di negara-negara Barat tetapi juga semakin menjadi masalah besar di Malaysia.
![KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721221006_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belanja RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 klinik kesihatan
KKM membelanjakan sebanyak RM137 juta setahun bagi menyelenggara 201 buah klinik kesihatan di seluruh negara di bawah PSK dengan kontrak selama 5 tahun bermula tahun 2022.
![Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19 Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722334055_LaniPallister.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet renang Australia tarik diri selepas positif COVID-19
Atlet renang Australia Lani Pallister terpaksa menarik diri dari acara bebas 1,500 meter selepas positif COVID-19, menurut pasukan negara itu pada Selasa.
![Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19 Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696492107_JoeBiden.jpg)
Biden kembali ke Rumah Putih selepas beberapa hari pengasingan COVID-19
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tiba semula di Rumah Putih pada Selasa selepas beberapa hari diasingkan akibat COVID-19 dan di tengah-tengah khabar angin mengenai kesihatannya.
![Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721817034_MuhyiddinYassin.jpg)
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
![Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721785411_JoeBidenAirForce.jpg)
Biden pulih daripada gejala COVID-19, ujian negatif
Ujian antigen pantas BINAX adalah negatif, bagaimanapun, beliau akan terus dipantau untuk sebarang penyakit berulang.
![Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716240052_TBJoeBiden.jpg)
Biden alami gejala COVID-19 ringan, ambil ubat antiviral
Kevin O'Connor berkata gejala yang dialami presiden itu mempengaruhi sistem pernafasannya.