GEORGE TOWN:Rakyat Pulau Pinang harus mengambil pendekatan 'Tiada Pergerakan, Tiada Jangkitan' dalam usaha untuk terus memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 khususnya di negeri ini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Beliau berkata slogan tersebut akan menjadi pendekatan utama dalam kempen komunikasi Penang Lawan COVID-19 dan semua rakyat Pulau Pinang perlu berganding bahu bersama-sama kerajaan negeri dan barisan hadapan dalam usaha menurunkan jumlah jangkitan kes di negeri ini.
"Malah pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berkongsi kerisauan bahawa matlamat untuk mengurangkan jumlah jangkitan kes adalah sukar dicapai sekiranya pergerakan tidak dihadkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru Chow berkata pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah perlu diperketatkan dan komunikasi risiko juga adalah perlu diperkukuhkan bagi meningkatkan kesedaran rakyat berhubung amalan normal baharu.
"Pada peringkat komuniti, fokus yang bakal dilaksanakan adalah dengan mewujudkan jawatankuasa pengurusan bencana serta pemerkasaan komuniti dengan memperincikan risiko kadar jangkitan di peringkat lokaliti," katanya.
Selain itu beliau berkata adalah menjadi keperluan untuk mempercepat serta memperketatkan pelaksanaan saringan pekerja warganegara serta bukan warganegara sama ada di bawah program saringan ditetapkan kerajaan dan juga atas inisiatif majikan sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021

Rakyat Pulau Pinang harus mengambil pendekatan 'Tiada Pergerakan, Tiada Jangkitan' dalam usaha untuk terus memutuskan rantaian COVID-19. - Gambar fail

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

COVID-19: Pulau Pinang seru pendekatan 'tiada pergerakan, tiada jangkitan'
Rakyat Pulau Pinang harus mengambil pendekatan 'Tiada Pergerakan, Tiada Jangkitan' dalam usaha untuk terus memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 khususnya di negeri ini.