KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sembilan lokaliti di Sabah dan satu lokaliti Pahang.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan semua PKPD itu akan dilaksanakan selama dua minggu bermula 15 hingga 28 Ogos depan.
Hishammuddin menjelaskan, tiga lokaliti yang dilaksanakan PKPD terletak di Kota Kinabalu iaitu Kampung Pulutan dan Kampung Mansiang di Menggatal serta tapak bina Hyatt Centric.
Beliau memaklumkan, dua lokaliti lagi terletak di Beaufort iaitu Kampung Brunei, Membakut dan rumah kongsi tapak bina Prima, Lumat.
Manakala lokaliti lain yang dikenakan PKPD adalah Kampung Rancangan Kalabakan, Kalabakan; Kampung Mangaris 2, Kota Marudu dan Kampung Contoh, Putatan.
"Turut dikenakan PKPD Lorong Mat Salleh, Batu 2, Jalan Apas, Tawau dan satu lagi dilaksanakan di Jalan Blue Valley-Lojing, Cameron Highlands, Pahang.
"PKPD akan dilaksanakan di 10 lokaliti berkenaan bermula Ahad hingga 28 Ogos ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, tempoh PKPD empat lokaliti di Sabah yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan selama dua minggu lagi bermula Ahad ini hingga 28 Ogos depan.
Perlanjutan perintah itu meliputi PKPD Kampung Siansai Dundau, Kota Belud; PKPD Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, Tawau; Kampung Sembulan Tengah dan Lama, Kota Kinabalu dan Kampung Tempasuk 1, Kota Belud.
Hishammuddin juga memaklumkan PKPD di 12 lokaliti di Sabah dan dua lokaliti di Pahang diisytiharkan tamat bermula 14 Ogos ini.
Astro Awani
Fri Aug 13 2021

Hishammuddin juga memaklumkan PKPD di 12 lokaliti di Sabah dan dua lokaliti di Pahang diisytiharkan tamat bermula 14 Ogos ini. - Gambar hiasan
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.
Konflik di Gaza: Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza - Pakar PBB
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.

Malas nak bising-bising - TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik gambar telah menjalani pertemuan empat mata bahawa pemain warisan terbaharu negara, Hector Hevel lebih awal lagi.
Portugal adakan pilihan raya awal pada 18 mei
Portugal akan mengadakan pilihan raya awal pada 18 Mei selepas kerajaan minoriti pimpinan Luis Montenegro tumbang susulan usul undi tidak percaya.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.