KUALA LUMPUR : Peratusan kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-21/ 2023 menurun sebanyak 9.9 peratus berbanding 6,439 kes yang dilaporkan pada ME 20/2023.
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan memaklumkan, kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan awam juga menunjukkan penurunan dari 5.8 kepada 5.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 21/2023 berbanding ME 20/2023.
"Peratus pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 masing-masing menurun sebanyak 4 peratus pada ME 21/2023 berbanding ME 20/2023.
"Pada ME 21/2023, sebanyak 113 varian baharu dilaporkan yang terdiri daripada 87 kes VOC dan 26 VOI dan kesemuanya adalah varian Omicron.
"Sehingga kini, jumlah kumulatif bagi kes XBB.1.16 (Arcturus) dan 'sublineages' adalah sebanyak 50 kes yang kesemuanya adalah kes tempatan.
"Pecahan kes merangkumi 15 kes di Melaka, 11 kes di Selangor, tujuh kes di WP Kuala Lumpur, enam kes di Sarawak, empat kes di Johor, masing-masing dua kes di Perak dan Sabah serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Perlis, dan WP Putrajaya," katanya.
Ujarnya lagi, berdasarkan data sehingga 27 Mei 2023, hanya 50 peratus (16,335,353) penduduk Malaysia telah menerima dos penggalak pertama dan 2.5 peratus (823,317) sahaja telah menerima dos penggalak kedua.
Beliau turut memberi jaminan keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas.
"KKM juga ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP yang berkuat kuasa seperti memakai pelitup muka semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi dan lain-lain serta pemakaian pelitup muka di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya.
"Pemakaian pelitup muka juga sangat digalakkan terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit, dan sesak bagi melindungi keluarga, jiran dan sahabat handai daripada mendapat jangkitan COVID-19," tambahnya.
Sementara itu, Dr Zaliha turut mengulas dalam kenyataan sama berkaitan situasi terkini cuaca panas di Malaysia.
"Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas dari ME 16/2023 sehingga ME 21/2023 adalah sebanyak 34 kes.
"Dari jumlah ini, pecahan kes mengikut diagnosis adalah 20 kes kelesuan haba, sembilan kes kejang haba, dan lima kes strok haba.
"Bilangan keseluruhan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri adalah 10 kes di Kelantan, tujuh kes di Sarawak, tujuh kes di Sabah, dua kes di Kedah, empat kes di Melaka dan masing-masing satu di Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Perak," jelasnya.
Tiada kes kematian baru akibat strok haba dilaporkan pada ME 21/2023.
Ini menjadikan bilangan kumulatif kes kematian akibat strok haba kekal sebanyak satu kes sahaja iaitu yang dilaporkan pada 25 April 2023.
Semua kes lain adalah stabil dan telah discaj.
KKM menasihatkan orang ramai agar mengehadkan tempoh berada di kawasan panas terik dan mengurangkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas.
Orang ramai juga digalakkan untuk kerap minum air bagi memastikan hidrasi badan mencukupi.
Astro Awani
Wed Jun 07 2023
Pemakaian pelitup muka juga sangat digalakkan terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup. -Gambar fail/Reuters
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.