Pengawalan ketat di sempadan merupakan satu kunci yang perlu, bagi memastikan tidak berlakunya kes import COVID-19 walaupun kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bagi membolehkan aktiviti ekonomi dimulakan semula pada 4 Mei.
Faktor pengawalan sempadan telah diberikan penekanan berulang kali oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, di hampir kesemua sidang media harian COVID-19nya, sejak Malaysia diletakkan di bawah PKP pada 18 Mac.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang telah mengotakan janji mereka, dan telah meningkatkan pengawalan di semua pusat pemeriksaan sempadan.
Pegawai dan anggota keselamatan juga terus berjaga-jaga dalam memantau, mana-mana pihak yang cuba untuk menyeludup masuk ke negara menerusi pelbagai laluan tikus, jalan haram menerusi hutan dan ladang, yang juga digunakan untuk aktiviti penyeludupan.
Tugas mengawal dan menjaga keseluruhan sempadan negara bukanlah suatu yang mudah, dengan kira-kira 3,000 kilometer (KM) sempadan daratan dan sempadan perairan lebih 4,600km yang Malaysia kongsi bersama negara jiran Thailand, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina dan juga Vietnam.
Namun tugas itu perlu dilakukan. Dilaporkan anggota keselamatan kini menjalankan pemeriksaan di semua tempat, dalam usaha mereka memastikan kawasan di sempadan berada dalam kawalan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam amanat pada 1 Mei berkata, pengawalan sempadan yang lebih ketat merupakan satu daripada kriteria, yang telah diambil kira sebelum menguatkuasakan PKPB bagi membolehkan aktiviti ekonomi dimulakan semula, pada 4 Mei.
Pegawai pemerintah Ops Wawasan Kedah/Perlis, Supt Abd Razak Md Din berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-18 yang berpangkalan di Pengkalan Hulu, Perak, telah meningkatkan jumlah anggota dan rondaan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Perlus, sejak mengambil tugas tersebut pada 1 April.
"Lebih banyak rondaan dilakukan di kawsan 'hotspot' seperti di Wang Kelian, Kuala Sanglang, Padang Besar dan Chuping, terutamanya di laluan tikus yang digemari pendatang asing dan juga penyeludup," katanya kepada Bernama.
Katanya, pengawalan ketat pada masa ini telah mengelakkan pendatang asing dari masuk ke negara ini dan pada April, hanya dua pendatang asing ditangkap.
Bagaimanapun, katanya, ada peningkatan dalam penyeludupan daun ketum, dengan 8.4 tan bernilai RM472,000 dirampas pada April.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pihaknya sentiasa menjalankan kerja-kerja risikan secara berkala bagi mendapatkan maklumat mengenai kemungkinan kemasukan pendatang asing ke negara ini.
Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, hanya individu yang telah melalui proses saringan yang dikendalikan Kementerian Kesihatan sahaja, yang boleh ke kaunter Imigresen.
Beliau berkata, operasi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam termasuk di Kompleks Kenderaan Berat dan Kompleks Kenderaan Ringan, berjalan seperti biasa walaupun di bulan Ramadan.
Langkah pengawalan lebih ketat di sempadan Malaysia Thailand di Kelantan oleh pelbagai agensi keselamatan, telah membantu untuk memeriksa kemasukan pendatang asing dan mengurangkan penyeludupan barang-barang di sempadan.
Pegawai Pemerintah Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga di Pengkalan Kubor, ASP Mohd Rudzuan Ahmad berkata, Pasukan Gerakan AM dan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) sentiasa bekerjasama rapat terutamanya sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac.
"Dari Januari hingga Mac tahun ini, kami telah menggagalkan 90 kes penyeludupan melibatkan barangan bernilai RM600,000, namun pada tiga fasa PKP (18 Mac hingga 28 April) hanya terdapat 10 kes melibatkan barangan bernilai RM112,630," katanya kepada Bernama.
Rondaan telah dipertingkatkan di Pengkalan Hulu, Perak, yang merupakan sempadan Malaysia-Thailand dengan Betong di Wilayah Yala selatan Thailand.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, DSP Zulkepli Ibrahim berkata, pasukan keselamatan kini mengekalkan pemantauan ketat di laluan tikus yang digunakan oleh pendatang asing dan penyeludp barangan, terutamanya dalam Ops Pagar 3 yang meliputi kawasan Fleda Lepang Nenering, Ayer Panas.
Katanya, pemeriksaan lebih ketat juga dilaksanakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Berapat, Pengkalan Hulu.
Beliau berkata, waktu operasi kompleks itu ketika PKP adalah dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang, tidak seperti pada hari-hari biasa dari 6.30 padi hingga ke 11 malam selain menambah sekatan jalan raya di kompleks tersebut.
Zulkepli berkata, operasi di sempadan dijalankan secara bersama dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Dadah dan Polis Daerah Pengkalan Hulu bersama Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM).
Dalam usaha menguatkuasakan PKP secara efektif, Polis Marin Sabah telah melaksanakan pelan tindakan operasi yang melihat penubuhan 14 pusat pemeriksaan di laut, bagi mengetatkan kawalan sempadan terhadap kemasukan pendatang asing, penyeludupan, penangkapan ikan haram oleh nelayan asing, penculikan dan jenayah rentas sempadan.
Komander Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata, 625 pegawai dan anggota dan 42 bot rondaan telah digerakkan untuk operasi pengawalan sempadan.
"Polis Marin telah menahan 59 orang dalam 48 kes atas pelbagai kesalahan," katanya kepada Bernama.
"Rondaan di laut membolehkan kita menggagalkan cubaan menyeludup ketam hidup bernilai RM400,000 daripada Indonesia melalui Sungai Tawau baru-baru ini. Tawau telah menjadi pusat singgahan bagi ketam yang dipercayai untuk pasaran antarabangsa," katanya.
Sarawak telah meluluskan peruntukan untuk menambah aset bagi meningkatkan lagi pengawalan sempadan di kawasan Kalimantan, Indonesia sewaktu PKP.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak memberikan jumlah sebenar atau aset tetapi telah berkata, pengawalan sempadan perlu dipertingkatkan lagi.
"Kami lebih risaukan laluan tikus. Jadi kami akan meningkatkan lagi pengawalan di kawasan ini bagi mengelakkan kemasukan pendatang tanpa izin ke Sarawak," katanya.
Fokus tambahan akan diberikan kepada Long Singut di Bahagian Kapit, yang mempunyai penempatan paling hampir kepada sempadan Sarawak-Kalimantan di kawasan pendalaman negeri ini, katanya.
Dengan kawalan sempadan yang lebih ketat, pihak berkuasa kesihatan boleh yakin yang tidak ada orang yang akan menyeludup masuk Malaysia membawa COVID-19 dan memulakan kluster baru di negara ini. - BERNAMA
Bernama
Sat May 02 2020
Faktor pengawalan sempadan telah diberikan penekanan berulang kali oleh Dr Noor Hisham di hampir kesemua sidang media harian COVID-19nya - Gambar BERNAMA
AWANI Ringkas: Keadaan dua anggota unit pemusnah bom stabil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cristiano Ronaldo beri bayangan bersara di Al-Nassr
Al-Nassr mungkin menjadi kelab terakhir dalam karier Cristiano Ronaldo sebelum bersara.
Ahli lembaga Intel letak jawatan, isu perbezaan pendapat
Ahli Lembaga Pengarah Intel, Lip-Bu Tan letak jawatan secara tiba-tiba pada Selasa selepas berlaku perbezaan pendapat dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Pat Gelsinger dan Ahli Lembaga Pengarah lain.
SCHIC2024: Memperkasa perusahaan sosial di Malaysia
Satu Creative Services Sdn Bhd (Satu Creative) dengan kerjasama Yayasan Hasanah melancarkan Satu Creative Hasanah Impact Challenge 2024 (SCHIC2024)yang bertujuan memperkasa perusahaan sosial peringkat awal di negara ini.
Niaga AWANI: Jiwa SME: Program Sejuta Kasih bawa jenama MyKukiss ke pasaran China
Produk jenama My Kukiss berjaya mendapat tempahan kira-kira 4 kontena biskut mentega untuk dieksport ke negara Tembok Besar, China.
Sukan Paralimpik Paris 2024: Zahid ucap selamat maju jaya kepada atlet
"Ingatlah, dalam setiap cabaran, ada peluang untuk mencipta sejarah. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat berjuang, kontinjen Malaysia!"
#AWANIRingkas 28 Ogos 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Ogos 2024
1️⃣ Tanah jerlus: Operasi SAR bersambung hari ini
2️⃣ Keadaan dua anggota unit pemusnah bom stabil
3️⃣ Menjelang PRK DUN Mahkota
1️⃣ Tanah jerlus: Operasi SAR bersambung hari ini
2️⃣ Keadaan dua anggota unit pemusnah bom stabil
3️⃣ Menjelang PRK DUN Mahkota
Jebat syukur kebenaran terbukti, tiada niat bolot harta arwah Jins Shamsuddin
Didakwa menipu dan memalsukan tanda tangan ayah mengguris perasaan Jebat selain menjejaskan namanya dan keluarga.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 28 Ogos 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pihak berkuasa Rizab Persekutuan (Fed) AS sedang mengemudi pasaran untuk memastikan pasaran wang dan modal menjalankan peranan dengan teratur.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 28 Ogos 2024
Indeks pasaran serantau mencatat prestasi bercampur-campur di tengah-tengah penurunan semalaman Wall Street yang ketara dengan saham teknologi terjejas apabila pedagang bertindak menyelaras semula portfolio masing-masing menjelang pengumuman pendapatan Nvidia Corp bagi menilai kekukuhan sektor berkaitan kecerdasan buatan (AI).
Ini lapangan terbang miliki sambungan penerbangan terbaik di dunia
Lapangan Terbang iGA Istanbul, yang dibuka pada 2018, muncul lapangan terbang yang mempunyai sambungan terbaik di dunia.
COVID-19: Lonjakan kes memungkinkan wad kecemasan ditutup di Korea Selatan
Persatuan Perubatan Korea Selatan memberi amaran bahawa lonjakan kes COVID-19 dan mogok berterusan oleh doktor pelatih memungkinkan banyak wad kecemasan di Korea Selatan ditutup bulan hadapan.
Wabak mpox: Lindungi golongan rentan, individu imuniti rendah - Pakar kesihatan
Kumpulan yang memiliki imuniti rendah antaranya adalah pesakit kanser, wanita hamil, warga tua serta kanak-kanak.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Varian COVID-19 KP.3.1.1 dominan di AS ketika jangkitan terus meningkat
Varian COVID-19 KP.3.1.1, yang kini menjadi varian SARS-CoV-2 utama yang tersebar di Amerika Syarikat.
Orang paling tua di dunia meninggal dunia pada usia 117 tahun di Sepanyol
Maria Branyas, orang paling tua di dunia yang berusia 117 tahun, meninggal dunia pada Isnin, lapor Agensi Anadolu pada Selasa.
Situasi COVID-19 di Malaysia terkawal, tiada ledakan kes - Dr Dzulkefly
Berdasarkan pemerhatian KKM, jumlah kes jangkitan dan kemasukan pesakit ke hospital atau fasiliti kesihatan juga dalam keadaan terkawal.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tahap pengurusan rantaian bekalan akan dipertingkat - PM Anwar
Mesyuarat MPN Ke-6 Tahun 2024 hari ini bersetuju dengan beberapa langkah bagi meningkatkan tahap pengurusan rantaian bekalan yang kukuh, berdaya tahan dan responsif kepada gangguan.
Olimpik Paris: Lyles raih gangsa acara 200m lelaki, meskipun positif COVID-19
Lyles terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam acara 200m, dengan emas menjadi milik atlet Botswana, Letsile Tebogo.