MERSING: Masyarakat Orang Asli di daerah ini telah bersedia untuk menghadapi fasa endemik tetapi mahu pemberian maklumat secara berkala diteruskan oleh kerajaan termasuk menerusi platform dalam talian.
Tidak mahu ketinggalan dalam menerima maklumat, Tok Batin Kampung Punan, Acai Kadir berkata kerajaan perlu sentiasa memastikan golongan Orang Asli diberi maklumat apatah lagi dalam menghadapi fasa endemik ini.
"Masyarakat kita (Orang Asli) sebenarnya terima baik (mengenai pemberian vaksin) cuma penerangan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) penting. Kalau penyampaian tu tak betul, masyarakat hari ini tak akan terima, mungkin dah lari.
"Dunia sekarang dah canggih, dah ada Internet dan sebagainya. Itu sebab pihak-pihak luar membuat andaian kononnya bila cucuk vaksin, ada yang meninggal, populasi jatuh dan sebagainya. Harapan saya agar pihak JAKOA, KKM dari semasa ke semasa bagi maklumat terperinci supaya masyarakat kita tak takut dan tidak ketinggalan," kata beliau kepada Bernama ketika ditemui pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Daerah Mersing di Sekolah Kebangsaan Punan di sini, baru-baru ini.
Katanya transformasi pemberian maklumat oleh agensi-agensi yang terlibat perlulah seiring dengan perkembangan semasa memandangkan masyarakat Orang Asli walaupun duduk di kawasan pedalaman, majoriti mereka sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam negara.
"Kalau dapat perbanyakkan perbincangan menerusi dalam talian selain daripada luar talian. Sejak pandemik ini, mesyuarat atau perbincangan pun sering terganggu, mungkin boleh dibuat menerusi Google Meet memandangkan kes COVID-19 dalam negara masih tinggi," kata beliau.
Ini menurutnya bagi mengelakkan kekeliruan maklumat atau gangguan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, kata Acai sambil menambah sebahagian maklumat kini disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp serta program outreach.
Menyentuh mengenai vaksinasi masyarakat Orang Asli di daerah berkenaan, Pegawai JAKOA Daerah Mersing Nor Faizzi Sulaiman berkata setakat 20 Sept, seramai 714 orang telah selesai satu dos manakala 295 orang telah pun lengkap kedua-dua dos.
"Mereka yang layak divaksin adalah seramai 1,043 orang dan jumlah mereka yang telah divaksin ketika ini adalah tinggi," kata beliau ketika ditemui di kampung berkenaan.
Beliau berkata proses vaksinasi melibatkan komuniti itu akan dijalankan secara berterusan tanpa henti dalam usaha kerajaan mencapai sasaran imuniti menjelang fasa endemik pada bulan hadapan.
"Penerimaan orang kampung (mengenai vaksin) sejak akhir-akhir ini semakin baik. Peratus mereka yang setuju vaksin pun semakin meningkat. Sebelum ini, mereka menolak vaksin sebab maklumat tidak sampai.
"Jadi pihak JAKOA dengan bantuan sukarelawan, pergi dari rumah ke rumah dan kami berjaya menambah peratusan setuju vaksin sekali gus menunjukkan keberkesanan program outreach," kata beliau.
Pada program dua hari itu, seramai 336 Orang Asli suku kaum Jakun di Kampung Orang Asli Tewowoh, Kampung Punan dan Kampung Peta telah menerima suntikan vaksin menerusi Pogram Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Seramai 95 petugas terdiri daripada kakitangan kesihatan daerah Mersing, Pejabat Daerah, Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA Mersing, Pejabat Tanah dan Pertubuhan bukan kerajaan NGO, terlibat dalam program tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Penduduk Kampung Orang Asli Punan, Langam Meripin (kiri) bersama Budi Chentek menunjukkan isyarat bagus dan kad vaksinasi mereka. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.