SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan mereka kini sedang menyiasat seorang pemandu lori rakyat Malaysia yang telah tidak dibenarkan memasuki negara itu pada 18 Feb, selepas diuji positif COVID-19 menggunakan ujian rapid antigen (ART) di pusat pemeriksaan Woodlands.
Kementerian itu menyatakan ujian polymerase chain reaction (PCR) terhadap penghantar kerja bebas itu juga yang diterima pada keesokan harinya juga didapati positif COVID-19.
MOH menyatakan, perjalanan ke Singapura lelaki itu sebelum itu ialah pada 8 Feb, apabila beliau diuji negatif pada ujian ART di pusat pemeriksaan.
"Siasatan kami mendapati yang beliau telah ke Kasino Resorts World Sentosa pada 9 Feb, sebelum pulang ke Malaysia pada hari yang sama," menurut kenyataan dikeluarkan MOH hari ini.
Walaupun lelaki itu tidak termasuk dalam perkiraan kes kerana beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Singapura selepas keputusan ujian yang positif, kementerian itu menyatakan yang mereka akan mengambil tindakan sewajarnya sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk mengkuarantin kesemua kontak rapat lelaki tersebut.
Kementerian itu menjelaskan yang pemandu lori Malaysia tidak dibenarkan untuk bergaul dalam komuniti, selain untuk tujuan penghantaran dan tidak dibenarkan untuk bermalam.
MOH menyatakan, siasatan juga sedang dijalankan bagi melihat sama ada berlakunya sebarang pelanggaran langkah-langkah pencegahan yang berkaitan.
Sehingga tengah hari ini, Singapura melaporkan 11 kes jangkitan COVID-19 baharu, kesemuanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,869 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 21 2021
MOH menyatakan perjalanan ke Singapura lelaki itu sebelum itu ialah pada 8 Feb apabila beliau diuji negatif pada ujian ART di pusat pemeriksaan Woodlands. -Gambar fail
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
COVID-19: 20 kes baharu di Singapura
Singapura mencatatkan 20 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu kepada 57,685.