KUALA LUMPUR:Malaysia dijangka mengumumkan mengenai akses bekalan COVID-19 dalam masa terdekat, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.
Menurutnya, kerajaan sedang berusaha mendapatkan akses kepada vaksin tersebut seawal suku tahun pertama atau suku tahun kedua tahun depan.
Ujarnya, kerajaan sentiasa mengikuti rapat status pembangunan COVID-19 di seluruh dunia, dan setakat 13 November, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat 11 calon vaksin yang berada di ujian fasa tiga.
Kerajaan katanya, telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin tersebut, di mana lapan pengeluar dihubungi secara terus sementara dua lagi menerusi fasiliti COVAX.
Bagaimanapun, tegas Ahli Parlimen Rembau itu, kerajaan tidak berkompromi mengenai soal keberkesanan dan keselamatan sesuatu vaksin.
"Terdapat rundingan yang sedang berada di fasa akhir dan pengumuman rasmi akan dibuat apabila ia telah dimeterai tidak lama lagi.
"Rundingan tersebut meliputi aspek kerjasama dalam pelbagai peringkat termasuk pembangunan vaksin, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pertukaran saintis, pemindahan teknologi logistik, termasuk pembelian vaksin 'finished product' sebagai jaminan akses vaksin kepada negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini, menjawab pertanyaan Chan Foong Hin (DAP-Kota Kinabalu).
BACA: Malaysia letak harapan tinggi terhadap pengeluar vaksin COVID-19 - Dr Adham
Chan dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan sama ada pihak kementerian telah membuat pesanan untuk mengimport vaksin daripada firma negara China seperti Cansino, Sinovac dan Sninopham atau firma United Kingdom (UK) seperti AstraZeneca.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, menerusi penyertaan pelan peruntukan vaksin COVID-19 global atau COVAX, Malaysia mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 10 peratus daripada populasi negara.
Jelas beliau lagi, kerajaan sedang berusaha mendapatkan 60 peratus lagi bagi mencukupkan sasaran imunisasi kebangsaan 70 peratus populasi, bagi tujuan imuniti kelompok.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 16 2020
![COVID-19: Malaysia hubungi 10 pengeluar vaksin, dijangka umum bekalan dalam masa terdekat - Khairy COVID-19: Malaysia hubungi 10 pengeluar vaksin, dijangka umum bekalan dalam masa terdekat - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605092537_CovidVaksin.jpg)
Menurut WHO, terdapat 11 calon vaksin yang berada di ujian fasa tiga, dan setakat ini, kerajaan Malaysia telah berkomunikasi dengan 10 pengeluar vaksin tersebut. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
![IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718955416_KhairyJamaluddin.jpg)
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
![KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718930137_kjfahmi.jpg)
KJ minta Fahmi kekal di landasan sebagai jurucakap Kerajaan Perpaduan
Khairy Jamaluddin berkata, tindakan Fahmi menyebabkan pengumuman tersebut tidak mendapat respons baik, sebaliknya menjadi bahan ejekan.
![KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702724238_TBKJPUTRAJAYA.jpg)
KJ dilantik salah seorang pengarah di Fischer Medical Ventures Ltd
Khairy dilantik atas kapasiti Pengarah Bebas Syarikat untuk tempoh lima tahun bermula 4 Mei 2024.
![Bukan rombak satu FAM Bukan rombak satu FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714438869_tbKongresTahunan.jpg)
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
![KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714136231_KhairyJamaluddin.jpg)
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
![KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713154859_kjlokmanadam.jpg)
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
![Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712571795_TBKELUARSKJAP.jpg)
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
![KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711700190_TBpadukjjpg.jpg)
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
![Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710823527_TBSAMANKJJAMAL.jpg)
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.