AMPANG: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan di negeri ini yang tidak menghantar pekerjanya untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Jawatankuasa Program Vaksin Selangor (Selvax), Rodziah Ismail berkata, pengumuman berkenaan tindakan tersebut akan dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat.
Menurut beliau, tindakan itu dibuat atas dasar keselamatan pekerja-pekerja tersebut.
“Tidak lama lagi Menteri Besar akan keluarkan satu arahan yang mana kilang-kilang yang tidak memvaksin pekerjanya akan dikenakan penguatkuasaan.
"Tindakan itu dibuat atas dasar keselamatan,” katanya ketika sidang akhbar Majlis Penyampaian Geran Peralatan Sitham Hijrah Selangor di Pusat Sehenti Sitham di Ampang Jaya di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Rodziah turut menyarankan majikan membuat pradaftar untuk pekerja mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Beliau berkata, ia berikutan kesesakan yang berlaku di beberapa PPV sejak kebelakangan ini yang mana majoritinya merupakan pekerja warga asing yang hadir secara terus atau ‘walk-in’.
“Ramai pekerja tampil ke depan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, namun majikan perlu mengingatkan mereka supaya mengamalkan SOP yang sepatutnya di PPV dan jangan bersikap lepas tangan.
“Saya yakin vaksin cukup, tapi jangan sampai ketinggalan,” katanya.
Pada Julai lalu, sebanyak 52,000 syarikat di Selangor mendaftar premis mereka di bawah Program Vaksin Selangor (Selvax) Industri untuk memastikan pekerja mereka mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Rodziah berkata, seramai 89,653 pekerja didaftarkan oleh majikan mereka di bawah inisiatif tersebut untuk mempercepatkan vaksinasi pekerja mereka.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 14 2021
Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap majikan di negeri ini yang tidak menghantar pekerjanya untuk menerima suntikan vaksin COVID-19. -Gambar hiasan
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Selangor mohon penerima SelVAX dibenar guna sementara sijil digital SELangkah
Kerajaan negeri Selangor sudah memohon kepada CITF agar penerima vaksin di bawah program SelVAX diberi kebenaran menggunakan sijil vaksinasi digital SELangkah buat sementara waktu.
Selangor dijangka capai imuniti kelompok kurang sebulan - Amirudin
Setakat Sabtu, 65.5 peratus daripada orang dewasa di Selangor telah menerima suntikan dos pertama mereka.
SelVAX: 2.5 juta dos vaksin tambahan, Selangor sasar imuniti kelompok menjelang Oktober - MB
Kerajaan Selangor mensasarkan sehingga 181,000 dos bagi penerima SelVAX Komuniti secara percuma menjelang akhir bulan Julai 2021.