KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 674 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 583 daripada mereka dikompaun.

Berikut lima perkara penting dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

1. Seramai 674 individu ditahan, 583 dikompaun kerana ingkar PKPP.

2. Sebanyak 270 kertas siasatan dibuka berhubung penularan berita palsu COVID-19.

3. PKPD di Taman Khazanah dan PPR Mutiara Kasih berkuat kuasa bermula 13 hingga 26 Oktober.

4. PKPB di Daerah Kota Belud Sabah berkuat kuasa bermula 13 hingga 26 Oktober.

5. Seramai 80 PATI ditahan menerusi Op Benteng.