LABUAN:Lebih ramai pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai di sini diminta menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Membedai pada Selasa selepas seorang lagi pelajar tingkatan lima sekolah itu positif virus berkenaan baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata pelajar yang positif COVID-19 itu merupakan kontak rapat kepada seorang pelajar yang disahkan positif minggu lepas sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 17 Okt.
"Kes positif COVID-19 yang pertama itu menyebabkan sekolah berkenaan ditutup pada 14 Okt," katanya kepada Bernama selepas menerima lapan pegawai perubatan daripada Jabatan Kesihatan Kelantan bagi membantu menangani pandemik COVID-19 di sini pada Selasa.
Sementara itu, Pengetua SMK Pantai Norazita Md Noor@Shamsuri menerusi mesej kepada ibu bapa berkata pelajar yang kelas mereka berada di tingkat sama dengan pelajar yang dijangkiti perlu menjalani ujian calitan COVID-19.
Sekolah pertama yang diarahkan tutup sementara untuk disanitasi ialah SMK Mutiara pada 8 Okt selepas dua pelajar diuji positif, diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang dengan seorang pelajar dan SMK Pantai pada 14 Okt.
Labuan, hab minyak dan gas serta pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa Malaysia, merekodkan peningkatan kes COVID-19 setiap hari sejak seminggu lepas, menjadikan jumlah kepada 154 kes di pulau itu setakat Isnin.
Labuan juga dikuatkuasakan PKPB selama dua minggu bermula 17 hingga 30 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 21 2020

Pengetua SMK Pantai berkata pelajar yang kelas mereka berada di tingkat sama dengan pelajar yang dijangkiti perlu menjalani ujian calitan COVID-19. --fotoBERNAMA

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.

Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.

KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.

Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.

RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.

Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.

Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.

Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.