PUTRAJAYA: Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga bulan terakhir dari April sehingga 13 Jun (semalam).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata berdasarkan Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), sebanyak 59,895 kes dicatatkan dalam tempoh tersebut.
Jelas Dr Adham, secara keseluruhan seramai 104,122 pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 direkodkan sejak Mac tahun lalu sehingga 13 Jun ini.
Pesakit kategori 4 adalah mereka yang memerlukan oksigen manakala kategori 5 adalah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
"Pecahan kepada kategori tersebut pada bulan April ialah sebanyak 6,751kes. Ia menunjukkan peningkatan pada bulan Mei itu sebanyak 30,287 kes.
"Sementara, pada sebanyak 22,857 kes setakat 13 Jun," katanya dalam sidang media minggu di sini pada Isnin.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata jumlah penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) juga ketika ini telah mencecah 97 peratus.
Setakat ini, terdapat 1,767 katil ICU di seluruh negara termasuk di hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan seramai 1,161 orang sedang menjalani rawatan rapi.
Manakala, 452 lagi pesakit memerlukan bantuan pernafasan, tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan kit ujian air liur untuk saringan kendiri COVID-19 dalam masa terdekat.
"Terdekat beberapa kit ujian air liur yang boleh diuji di rumah boleh digunakan. Buat masa ini kita hanya menguji di makmal dan hospital untuk kegunaan KKM," katanya.
Mengenai harga ujian saringan COVID-19 pula, Dr Adham berkata orang ramai boleh membuat aduan kepada CPRC dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sekiranya dikenakan harga yang tidak berpatutan.
Mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 di bawah tajuk 'Permintaan Bagi Penggunaan Sumber (Seksyen 4)', fi maksimum bagi ujian tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) adalah RM150 di Semenanjung Malaysia, manakala RM200 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Fi maksimum bagi kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) masing-masing ditetapkan RM60 di Semenanjung Malaysia, dan RM80 di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Manakala, fi maksimum bagi kit ujian pantas antibodi (RTK-Ab) pula berharga RM50 di Semenanjung Malaysia dan RM70 bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 14 2021
Secara keseluruhan seramai 104,122 pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 direkodkan sejak Mac tahun lalu sehingga 13 Jun ini. - fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Israel bermaharajalela di Asia Barat
Ikuti ulasan Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusoff berkenaan situasi semasa di Asia Barat yang menyaksikan peningkatan serangan rejim zionis Israel.
Ketua WHO antara terperangkap dalam serangan udara Israel di Yaman
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdepan detik cemas susulan serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman pada Khamis.
Pitbull buat kejutan bersihkan bola kristal terakhir di Times Square
Penyanyi rap terkenal, Pitbull membuat kejutan di bangunan One Times Square New York apabila dilihat membersihkan bola kristal terakhir yang dipasang menjelang sambutan tahun baharu pada Jumaat.
Rasa durian MS88 setanding 'Black Torn', diperluas ke pasaran global
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjenamakan semula varieti durian MDUR 88 kepada MARDI Super 88 atau MS88.
Kerajaan jamin bekalan kelapa mencukupi tampung keperluan perayaan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan kelapa mencukupi untuk menampung keperluan beberapa perayaan awal tahun depan.
Sebatan di khalayak: Kepentingan awam lebih utama daripada aib pesalah
Tindakan sebatan syariah di khalayak ramai yang dilaksanakan di Terengganu semalam tidak melanggar perintah Islam yang menyeru menutup aib individu kerana ia bersifat kepentingan awam.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Namun, peguam syarie dan sivil, Dr Ahmad Jailani Abdul Ghani berpendapat, ada hukuman yang lebih berkesan seperti khidmat kaunseling kerana kebiasaannya pesalah ini datang daripada keluarga yang runtuh.
Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.
Lagi perusuh diburu polis
Polis masih memburu beberapa individu lagi bagi membantu siasatan membabitkan kes pergaduahan dua kumpulan penyokong bola sepak di LRT Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 48 tahun bersama 13kg heroin RM1.2 juta
Polis merampas 13.3 kilogram dadah jenis Heroin Base yang dinggarkan bernilai RM1.2 juta ringgit menerusi dua serbuan berasingan di Lembah Klang pada Isnin lalu.
Sukan SEA 2025: Penganjur tambah jumlah acara di luar jangkaan - MOM
Sukan SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Dis di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.
COVID-19: Lebih 50,000 pesakit tahap 4 dan 5 direkodkan pada April hingga Jun
Bilangan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga bulan terakhir dari April sehingga 13 Jun, 2021.