JOHOR BAHRU: Sebuah kilang pemasangan komponen barangan elektrik dan elektronik di bandar raya ini, dikompaun RM62,000 menerusi Operasi Pematuhan Akta 446 pada Sabtu, selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata daripada jumlah itu, kompaun sebanyak RM20,000 dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor, kerana kilang yang turut menjalankan kerja-kerja pembuatan dan penjualan 'precision plastic injection mould' itu, didapati melanggar SOP dengan beroperasi melebihi 60 peratus had pekerja.
"Lima kompaun dengan jumlah keseluruhan RM42,000 pula, dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) atas kesalahan pekerja tidak mengimbas kod MySejahtera dan tidak melakukan sanitasi di premis perniagaan, yang juga merupakan satu kesalahan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Kilang berkenaan secara keseluruhannya mempunyai seramai 8,426 orang pekerja yang terdiri daripada 5,296 warga asing dan 3,130 pekerja tempatan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu di sini pada Sabtu.
Turut menyertai operasi itu, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) Asri Ab Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Zailee Dollah.
Awang berkata, operasi berkenaan disertai 150 penguat kuasa yang terdiri daripada pegawai dan anggota JTKSM, JKKP, KKM, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia serta MITI.
Beliau berkata, dalam operasi kedua di sebuah asrama pekerja di bandar raya ini pula, seramai 44 warga asing ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
"Kesemua mereka dibawa ke depot tahanan imigresen, dan pihak JTK Johor telah mengeluarkan saman hadir kepada pihak majikan, untuk siasatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021
Kilang berkenaan secara keseluruhannya mempunyai seramai 8,426 orang pekerja yang terdiri daripada 5,296 warga asing dan 3,130 pekerja tempatan. -Bernama
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
AWANI Ringkas: FashionValet: SPRM teruskan siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan menyakinkan malam ini
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 akan menobatkan juara persembahan terbaik esok, selepas tujuh minggu peserta dan jurulatih berentap sepenuh tenaga.
Nelayan jadi peniaga ikan dan hasil laut ketika hujung tahun
Musim tengkujuh pada hujung tahun bermakna nelayan tidak akan berpeluang turun ke laut kerana ombak dan badai yang besar melanda, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka selama beberapa bulan disebabkan bergantung penuh kepada pencarian di laut.
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV
Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu da
Segelintir peniaga, pengunjung bazar Ramadan di Perak langgar SOP
Terdapat segelintir peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan di Perak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul serta tidak me
SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang
Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP baharu solat jemaah.
PRN Johor: Ceramah dan kempen secara fizikal, ziarah rumah ke rumah dibenarkan - SPR
Penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor masih boleh diteruskan biarpun kes COVID-19 meningkat - Penganalisis
Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata SOP yang ketat boleh membantu mengekang penularan COVID-19 ketika tempoh kempen PRN Johor.
60 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP PPN
Ketika polis memasuki premis terbabit, pengunjung didapati sedang leka berhibur dengan muzik dipasang terlalu kuat.
Wajibkan individu langgar SOP buat khidmat masyarakat - Gerakan
Parti Gerakan mencadangkan agar individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 diwajibkan menjalani khidmat masyarakat di tempat seperti Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Langgar SOP: Polis akan panggil beberapa lagi calon dan penyokong bantu siasatan
Polis akan memanggil beberapa lagi orang calon dan penyokong parti politik membantu siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika hari penamaan calon, Isnin lepas.
Piala Malaysia: Peka SOP, bendung penularan COVID-19 - Faizal Azumu
Ahmad Faizal mahu pegawai dan pemain yang terlibat dalam kempen Piala Malaysia 2021 supaya lebih peka dengan prosedur operasi standard (SOP).
Operasi sekolah bersemuka dilaksana dengan baik, teratur ikut SOP - Radzi
Pengoperasian sekolah menerusi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka ketika ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan dan SOP yang ditetapkan.