KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 pekerja MMC-Gamuda menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini menerusi inisiatif Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah yang dilaksanakan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Mereka adalah antara pekerja kategori tapak pembinaan yang dipilih di bawah program perintis itu.
Rata-rata yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dan teruja kerana diberi peluang untuk menerima suntikan vaksin lebih awal di bawah inisiatif itu.
Mereka turut berharap inisiatif itu tidak hanya dihadkan kepada rakyat di Wilayah Persekutuan sebaliknya diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Jurutera Kualiti, Nurul Ain Mansor, 27, berkata, dia begitu gembira dan rasa seperti terlindung kerana mendapat vaksin lebih awal daripada jangkaannya.
"Saya lihat, ini satu inisiatif yang baik dan program ini perlu diperluaskan kepada sektor-sektor lain yang terpilih untuk bekerja ketika sekatan pergerakan penuh ini," katanya.
Sementara itu Pengurus Am, Lee Kok Kong, 52, pula berkata, sekiranya inisiatif itu diperluaskan di seluruh negara, ia akan membantu negara mencapai imuniti kelompok lebih awal daripada yang dirancang.
Sementara itu, Pengarah Projek MMC-Gamuda, Datuk Wong Wai Ching berkata, 1,000 pekerja daripada keseluruhan 16,000 pekerja MMC-Gamuda terpilih untuk mendapat manfaat daripada program tersebut.
"Saya lihat ini sebagai permulaan yang baik dan perlu diteruskan di semua peringkat," jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai persepsi orang ramai yang khuatir dengan kemudahan yang disediakan di Trak Vaksin Bergerak, pegawai perubatan, Dr Gokilavani Sekar Chandran menjelaskan, orang ramai tidak perlu khuatir memandangkan kedua-dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Trak Vaksin Bergerak menyediakan kemudahan yang sama.
"Dari segi keselesaan sehingga kemudahan, ia adalah sama. Jadi orang ramai tidak perlu risau.
"Kalau anda rasa ada kesan sampingan sebaik sahaja menerima suntikan, kami di sini untuk membantu," katanya.
Sebelum ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, projek perintis itu dijalankan untuk menguji tahap kepantasan dan sejauh mana kapasiti pemberian vaksin dapat dilaksanakan.
Ujar beliau, Projek Rintis Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah itu berupaya memberi suntikan vaksin COVID-19 antara 15,000 hingga 20,000 dos sehari melibatkan warga Wilayah Persekutuan dengan sasaran 39 trak vaksin bergerak menjelang Julai ini.
Umavathi Ramayah
Tue Jun 08 2021
Kira-kira 1,000 pekerja MMC-Gamuda menerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini menerusi inisiatif Trak Vaksin Bergerak MyMedic@Wilayah.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Ahli Parlimen diseru junjung titah Agong
Kelab Penyokong Kerajaan MADANI menyeru seluruh Ahli Parlimen untuk menjunjung titah Yang Di-Pertua Agong, Sultan Ibrahim untuk mengelak dari mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.
Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.
Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan bahawa kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman oleh Israel dan perpindahan penduduk.
Kerajaan belum cadang laksana program vaksinasi mpox di Malaysia
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau mpox untuk rakyat negara ini.
Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia
Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.
Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.
COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.
Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.
Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.
JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.
Negara lepasi kemuncak Omicron, tapi SOP masih berkuat kuasa - Khairy
Khairy mengingatkan bahawa masih terdapat SOP yang perlu diikuti, untuk terus memastikan jangkitan COVID-19 stabil di negara ini.