KUALA LUMPUR: Ahli farmasi komuniti diajak untuk bersama-sama kerajaan, belajar dari satu sama lain dan membimbing rakyat Malaysia, memasuki fasa endemik pada ketika negara bersiap sedia untuk hidup bersama virus COVID-19.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, ahli farmasi komuniti itu amat penting dalam peperangan menentang COVID-19, kerana mereka merupakan titik penjagaan utama dan penjaga kepada sistem kesihatan negara.
"Andalah berada di barisan hadapan...pada ketika doktor dan hospital - mereka di barisan hadapan penjagaan kesihatan dalam keadaan terbeban - barisan berikutnya perlu bertindak, dan mereka ini adalah ahli farmasi komuniti kita.
"Sebagai profesional penjagaan kesihatan, ahli farmasi mempunyai tugas penting bukan sahaja pada waktu pandemik, tetapi selama bertahun-tahun, terlibat secara langsung dengan komuniti, berterusan menjaga pesakit...kita boleh bekerja bersama dalam bidang seperti rawatan pencegahan dan mendidik masyarakat, bukan sahaja mengenai penyakit tetapi penjagaan kesihatan," katanya.
Khairy berkata demikian ketika merasmikan webinar bertajuk 'Reinvent Pharmacy Biz: Adapt Beyond the Crisis' anjuran Persatuan Farmasi Komuniti Malaysia (MCPG) bersempena sambutan Hari Ahli Farmasi Sedunia hari ini.
Khairy berkata, kit ujian kendiri merupakan satu lagi tugas penting ahli farmasi komuniti bersama fasiliti penjagaan kesihatan lain, di mana farmasi merupakan saluran yang betul bagi membeli kit ujian kendiri.
Beliau berkata ahli farmasi komuniti boleh mendidik orang ramai cara penggunaan kit ujian kendiri, cara penyimpanan dan pembuangannya, selain memberikan kaunseling sebaik keputusan didapati dan malah memberikan pandangan berkaitan perbezaan yang ada antara jenama.
"Kementerian amat mengalu-alukan penglibatan MCPG untuk terlibat dan meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita dan kami komited untuk melihat bagaimana profesion ini terus berkembang dan terus maju dalam bidang ini.
"Seperti yang bersesuaian dengan program ini, kita kini perlu menyesuaikannya dan melihat lebih daripada krisis COVID-19 terhadap kesemua aspek penjagaan kesihatan. Tentunya, terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan bersama," katanya.
Khairy turut memuji MCPG sebagai satu komuniti proaktif kerana bertindak untuk bersedia, melatih dan melengkapkan ahli-ahlinya bagi menghadapi kemungkinan peningkatan atau varian baharu, termasuk menganjurkan progam latian vaksinasi awal tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Masyarakat di negara ini perlu bermaklumat dalam persiapan untuk terus hidup bersama virus COVID-19. - Gambar hiasan
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
CDC beri amaran potensi kusta beralih jadi endemik di tenggara AS
Pada 2020 hampir 160 kes dilaporkan di seluruh negara, Florida adalah antara penyumbang kes yang paling banyak.
Aidilfitri 2023 meriah, pertama dalam tiga tahun tidak ditetap SOP khas
Tinjauan mendapati kebanyakan jemaah yang hadir memakai pelitup muka seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Malaysia selangkah menuju fasa endemik COVID-19
Tempoh 2022 disifatkan ramai sebagai tahun lembaran baharu bagi Malaysia, apabila berada dalam peringkat peralihan pandemik COVID-19 ke endemik yang diumumkan pada 1 April lepas.
Lebih 185,000 lembu dijangkiti LSD di India
LSD merupakan satu endemik di kebanyakan negara Afrika dan mula merebak ke China dan Asia Tenggara sejak 2019.
Lebih 700 sertai Program Kayuhan Merdeka 2022
Lebih 700 peserta menyertai Program Kayuhan Merdeka 2022, selepas kali terakhir ia dianjurkan di bandar raya ini pada tahun 2018 susulan pandemik COVID-19.
PMKS optimis prospek pertumbuhan
Perusahaan kecil dan sederhana Malaysia yakin akan merekodkan pertumbuhan hasil namun masih khuatir dengan ketidaktentuan ekonomi dan dasar.
Kes cacar monyet meningkat tiga kali ganda - WHO
WHO sahkan sejumlah 780 kes cacar monyet disahkan di negara bukan endemik virus itu.
Cacar monyet: Penularan tidak dapat dikesan untuk tempoh lama - WHO
Sehingga 26 Mei, sebanyak 257 kes yang disahkan dan 120 kes yang disyaki telah dilaporkan di 23 negara anggota yang bukan endemik virus itu.
Cacar monyet: Lebih banyak kes akan dikesan secara global
Agensi kesihatan PBB itu meluaskan pengawasan di negara-negara yang tidak pernah mempunyai kes cacar monyet.
COVID-19 bukan lagi perkara yang dibimbang, trend berbelanja kembali meningkat
Rakyat di negara ini tidak lagi meletakkan situasi COVID-19 sebagai satu perkara yang membimbangkan sejak negara mula melangkah masuk ke fasa peralihan endemik.