KUALA LUMPUR: Kes positif harian COVID-19 negara mencatatkan trend penurunan untuk hari keempat berturut-turut apabila turun ke paras bawah 20,000 dengan 19,105 kes dicatatkan semalam berbanding 22,341 yang direkodkan pada Sabtu (19 Mac).
Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, kali terakhir negara mencatatkan kes positif COVID-19 di bawah 20,000 kes ialah pada 10 Feb tahun ini apabila 19,090 kes direkodkan.
Kes positif harian COVID-19 kemudian meningkat kepada 20,939 kes pada 11 Feb dan terus menunjukkan trend peningkatan sehingga mencecah 32,800 pada 11 Mac lepas sebelum turun kepada 26,250 kes pada 12 Mac.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes sembuh COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah 28,250 kes, lebih tinggi berbanding kes positif yang dicatatkan.
"Daripada 19,105 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam 18,912 kes atau 98.99 peratus dalam kategori satu dan dua. Sebanyak 8,267 kes dalam kategori satu manakala kes dalam kategori dua adalah 10,645 kes," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebanyak 193 kes atau 1.01 peratus daripada jumlah keseluruhan 19,105 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam dalam kategori tiga, empat dan lima.
Menurut Dr Noor Hisham, daripada kes COVID-19 yang dicatatkan semalam 81 kes atau 0.42 peratus dalam kategori tiga, 44 kes atau 0.23 peratus dalam kategori empat dan 68 kes atau 0.36 peratus dalam kategori lima.
Beliau berkata kadar kebolehjangkitan atau Rt yang dicatatkan di seluruh negara semalam adalah 0.93 dengan Sarawak mencatatkan kadar paling tinggi iaitu 1.03 dan kadar paling rendah di Sabah iaitu 0.64.
Katanya lima negeri menunjukkan penggunaan katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) melebihi 50 peratus iaitu Kuala Lumpur (67 peratus), Johor (66 peratus), Perlis (64 peratus), Kelantan (58 peratus) dan Selangor (56 peratus).
Menurut Dr Noor Hisham kajian dan pengawasan genomik berterusan yang dijalankan oleh tujuh universiti dan Institut Penyelidikan Perubatan menunjukkan varian Omicron telah mula menggantikan varian Delta sebagai varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia.
Katanya tiga sub-lineage varian Omicron yang wujud di negara ini ialah BA.1, BA.1.1, dan BA.2 dan kebimbangan terhadap sub-lineage BA.2 adalah kerana ia berkemungkinan mengakibatkan transmisi yang lebih tinggi berbanding sub-lineage Omicron yang lain serta varian Delta.
"Bagi tempoh 1 hingga 17 Mac tahun ini didapati varian Omicron sub-lineage BA.2 meningkat kepada 27.1 peratus berbanding pada Januari dan Februari tahun ini, dengan pelaporan untuk varian Omicron sub-lineage BA.2 hanyalah masing-masing 0.9 peratus dan 2.7 peratus. Kenaikan mendadak sub-lineage BA.2 adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian," katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, Kementerian kesihatan (KKM) menjangkakan besar kemungkinan varian Omicron sub-lineage BA.2 akan menjadi varian yang dominan di Malaysia.
Justeru penduduk Malaysia perlu berwaspada dengan peningkatan penularan varian Omicron BA.2. Pada masa sama perlu khuatir kepada penularan berpanjangan Delta yang berupaya mengakibatkan jangkitan lebih serius terutama dalam kalangan mereka yang tidak divaksinasi atau tidak menerima dos penggalak, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Kes sembuh COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah 28,250, lebih tinggi berbanding kes positif yang dicatatkan. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.