KUALA TERENGGANU: Situasi COVID-19 di daerah Besut semakin membimbangkan, dengan peningkatan 835 peratus kes positif direkodkan dalam tempoh kurang dua bulan sejak April lepas.
Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata pada Mac, hanya 60 kes positif COVID-19 sahaja direkodkan, namun jumlah itu naik mendadak kepada 561 kes pada April dan Mei.
"Dalam tempoh bermula 1 April hingga 8 Mei, kita telah melakukan sebanyak 9,936 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 662 kes positif telah dikesan. Situasi COVID-19 di Besut sangat merisaukan kita dengan puluhan kes positif dilaporkan setiap hari.
"Data ini jelas menunjukkan penularan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi, dan kita risau apabila sudah menular jauh, maka sukar untuk kita hambat virus COVID-19," katanya dalam satu catatan di akaun Facebooknya pada Isnin.
Hari ini, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah merekodkan pertambahan 166 kes discaj dan 93 kes baharu COVID-19 menjadikan 579 kes COVID-19 aktif di Terengganu dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4,941 kes.
Daripada 93 kes baharu itu, 43 kes dilaporkan berlaku di daerah Besut.
Ketika ini, 570 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala sembilan kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dr Nor Azimi berkata petugas kesihatan sangat serius dan komited membuat pengesanan kontak, saringan, pengasingan serta memberi rawatan dan pihaknya berharap agar penduduk Besut juga memberi kerjasama dengan membuat kawalan kendiri.
"Hadkan pergerakan, elak berkumpul beramai-ramai, patuh prosedur operasi standard (SOP), duduk rumah di samping menjaga diri dan orang lain, jika semua perkara ini diberi perhatian maka segala usaha dalam memutuskan rantaian wabak di Besut akan berjaya.
"Selain itu, individu yang mempunyai gejala demam, batuk, selsema, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa perlu segera membuat pemeriksaan kerana langkah ini sangat membantu mengawal penularan yang lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata pada Mac, hanya 60 kes positif COVID-19 sahaja direkodkan, namun jumlah itu naik mendadak kepada 561 kes pada April dan Mei. - BERNAMA
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.