KUALA LUMPUR: Selangor merupakan negeri yang mencatatkan jumlah kes positif baharu paling tinggi dengan 666 kes diikuti Johor (257), Sarawak (219) dan Kuala Lumpur (218).

Sementara kes harian COVID-19 di negara ini kembali ke angka kurang 2,000 dengan 1,924 kes buat pertama kalinya selepas hampir dua bulan.

Berikut merupakan lima tumpuan utama kenyataan media KKM pada 25 Feb:

1. Selangor kekal catat kes positif baharu paling tinggi dengan 666 kes.

2. Jumlah kes positif baharu adalah terendah sejak 4 Januari.

3. Lapan kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,111 kluster.

4. 612 kluster diisytiharkan tamat.

5. 205 terima rawatan di Unit Rawatan Rapi,  92 diberikan bantuan alat pernafasan.

BACA: COVID-19: 1,924 kes baharu, 12 kematian direkodkan