ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak pernah memaksa ibu bapa mendaftarkan anak mereka mengambil vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).
Beliau berkata tanggapan segelintir ibu bapa bahawa kerajaan seolah-olah memaksa kanak-kanak mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi PICKids adalah tidak benar kerana mereka diberi pilihan untuk berbuat demikian.
"Kita ada bincang dalam Kabinet mengenai perkara ini. Tiada paksaan untuk rakyat, sama ada hendak ambil vaksin ketiga, keempat, kelima... tiada paksaan juga untuk rakyat terutamanya kanak-kanak ini diberikan vaksin.
"Dulu pun di peringkat awal ketika vaksin dos pertama, ramai yang tidak berminat ataupun takut untuk vaksin, (namun) selepas itu berebut-rebut pergi untuk mendapatkan vaksin jadi vaksin kedua tidak lagi menjadi isu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Taman Nusantara, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai kadar vaksinasi PICKids masih di bawah 10 peratus dan nasihat beliau kepada ibu bapa.
Setakat semalam, seramai 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui PICKids.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kadar pemberian dos penggalak juga sudah meningkat meskipun sebelum ini pelbagai cerita negatif ditimbulkan mengenai vaksin tersebut.
"Ketika ini, saya difahamkan booster (penggalak) memang ramai (ambil) setiap hari. Cuma untuk kanak-kanak, mungkin perkara ini baharu, jadi ia normal kepada rakyat kita.
"Bila benda baharu, mereka tunggu dan lihat terutama dengan banyak cerita yang bukan-bukan, jadi kita tak salahkan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Perdana Menteri berkata tanggapan segelintir ibu bapa bahawa kerajaan seolah-olah memaksa kanak-kanak mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi PICKids adalah tidak benar kerana mereka diberi pilihan untuk berbuat demikian. - Gambar fail/BERNAMA
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
Korea Selatan bawa balik rakyat di Israel, Asia Barat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata keutamaan ketika ini adalah untuk melindungi keselamatan rakyat negara itu dan mengambil semua langkah yang perlu
'berhenti atau terima akibat lebih dahsyat' -Iran
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu memberi amaran kepada Israel untuk segera menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan atau bakal berdepan dengan akibat yang lebih dahsyat. Perkara itu dinyatakan Pezeshkian sehari selepas Iran melancarkan lebih 150 peluru berpandu balistik yang disasarkan ke arah Tel Aviv.
Komando Israel telah beroperasi di Lubnan sekian lama
Ini pula rakaman visual yang menunjukkan tentera Israel giat melaksanakan apa yang dipanggil mereka sebagai 'operasi darat' di selatan Lubnan.
Polis Denmark siasat dua letupan berhampiran kedutaan Israel
Pihak berkuasa Denmark masih menyiasat punca letupan tersebut, dan setakat ini tiada sebarang kecederaan.
Taufan Krathon menuju ke Kaohsiung
Penduduk yang tinggal di Kaohsiung dalam keadaan bersiap siaga berdepan ancaman taufan Krathon yang dijangka berlaku bila-bila masa sekarang. Malah, ribut dan ombak kuat membadai kawasan pesisir bandar Taiwan itu.
Trump tarik diri daripada temu bual pilihan raya di CBS "60 Minutes"
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump membatalkan temu bual televisyen di saluran CBS, umum program "60 Minutes" di platform X pada Rabu.
23 mayat nahas di Bangkok diserah kepada keluarga
Dalam kejadian pada Selasa, bas terbabit dilapor membawa enam guru dan 39 pelajar dari wilayah Uthai Thani bagi lawatan sekolah.
Menteri Luar Israel isytihar Guterres sebagai "persona non grata", larang masuk Israel
Menteri Luar Israel, Yisrael Katz mengisytiharkan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres sebagai "persona non grata" di Israel dan melarangnya memasuki negara itu.
[TERKINI] PM tiba di Islamabad untuk lawatan tiga hari ke Pakistan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Islamabad bagi memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Pakistan.
Pesawat khas yang membawa beliau selamat mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi pada 7.55 malam waktu tempatan iaitu 10.55 malam waktu Malaysia.
Pesawat khas yang membawa beliau selamat mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi pada 7.55 malam waktu tempatan iaitu 10.55 malam waktu Malaysia.
FDA lulus vaksin COVID-19 untuk cegah Omicron bagi kanak-kanak seawal 6 bulan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.
COVID-19: Penasihat CDC syor vaksin bayi, kanak-kanak prasekolah AS
Vaksin tersebut perlu diberi kepada kanak-kanak berumur seawal enam bulan hingga empat tahun.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
1,180,415 kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin setakat semalam
Sejumlah 1,728,942 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
COVID-19: Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi
Sebanyak 1,671,828 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,596,416 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
PICKids: KPLB aktifkan semula pasukan khas di perkampungan Orang Asli
Ia bagi memberi galakan dan penerangan kepada kanak-kanak Orang Asli untuk menerima vaksin menerusi PICKids.
Lebih 22,000 kanak-kanak di Malaysia telah lengkap vaksinasi COVID-19
Sejumlah 1,351,441 kanak-kanak 5-11 tahun (38 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.
Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik - KKM
Kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19, kata Kementerian Kesihatan.