COVID-19: Kelonggaran SOP individu lengkap dos vaksin diputuskan minggu ini
Tumpuan minggu ini akan terarah kepada keputusan berkaitan kelonggaran terhadap individu yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Astro Awani
Sun Jul 18 2021
Keputusan tersebut akan turut mengambil kira pembukaan sektor ekonomi, dengan syarat industri bersedia mematuhi SOP. -Foto fail/BERNAMA
TUMPUAN minggu ini terarah kepada keputusan berkaitan kelonggaran terhadap individu yang telah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara berkenaan akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu ini.
Mesyuarat MPN akan mengambil kira kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan tersebut termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.
Kata Perdana Menteri, ini bagi memastikan penerima lengkap dua dos vaksin COVID-19 tidak terikat dengan keadaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) terlalu lama.
Jelas beliau, keputusan tersebut akan turut mengambil kira pembukaan sektor ekonomi, dengan syarat industri bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mempunyai kes COVID-19.
Katanya, premis berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibuka lebih awal dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya pengusaha menjalankan ujian saringan kepada pekerja sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Apakah kriteria kelonggaran SOP kepada penerima vaksin lengkap?