KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan tujuh kluster membabitkan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan juga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di seluruh Kelantan.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata berdasarkan data dua minggu sehingga 16 April lepas, 30 peratus kes aktif di Kelantan adalah membabitkan warga sekolah.
“Kalau kita lihat data yang ada 14 hari sehingga 16 April lalu 30 peratus kes aktif merupakan warga sekolah sama ada pelajar atau guru atau kakitangan.
“Ini menunjukkan bahawa bermula sekolah sehingga 16 hari bulan kita ada tujuh kluster sekolah membabitkan sekolah kementerian dan sekolah YIK, dan ini menjadi perhatian kita kali ini,” jelas beliau.
Zaini berkata, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kluster sekolah antaranya bermula dari komuniti, majlis perkahwinan yang dihadiri guru atau pelajar dan ada kes sporadik yang tiada kaitan dari mana-mana kluster.
BACA: Nilai R-Naught : Kadar kebolehjangkitan di Kelantan melepasi paras Rt nasional
Semalam, JKNK melaporkan sejumlah 300 kes positif adalah membabit warga sekolah termasuk pelajar dan juga guru.
Sementara itu, Zaini memaklumkan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) sudah penuh dan melepasi kapasiti.
Kes meningkat tiga angka sehari sejak beberapa hari lalu hingga semalam menyebabkan PKRC penuh dengan pesakit.
Tambahnya, setakat ini terdapat enam PKRC, masing masing empat di Kota Bharu, satu di Kuala Krai dan satu di Tumpat.
Muhafandi Muhamad
Wed Apr 21 2021
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan tujuh kluster membabitkan sekolah-sekolah di Kelantan. - Gambar fail/BERNAMA
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga sekolah menengah berasrama kluster aktif COVID-19 beroperasi seperti biasa
Operasi tiga sekolah menengah berasrama yang dikenal pasti kluster aktif COVID-19 di Melaka masih berjalan seperti biasa walaupun membabitkan 226 kes positif dalam kalangan pelajarnya.
COVID-19: Jangkitan masih terkawal di sekolah - Fadhlina
Penularan kes COVID-19 yang melibatkan warga sekolah sejak pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan bulan lau masih lagi terkawal.
COVID-19: Peningkatan kes jangkitan di sekolah harus dipandang serius - Fahmi Fadzil
Beliau turut berpandangan jika sekolah ditutup, pelajar akan mengalami kekangan lain seperti sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
COVID-19: Kelantan kenal pasti 7 kluster libatkan sekolah
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesan tujuh kluster membabitkan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dan juga Yayasan Islam Kelantan (YIK) di seluruh Kelantan.