KOTA KINABALU: Terdapat kebarangkalian tinggi penduduk di Sabah masih melaksanakan aktiviti tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), walaupun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan pihak berkuasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila 102 kes atau 42.68 peratus daripada keseluruhan 239 kes positif COVID-19 direkodkan pada Selasa, dikesan daripada saringan kontak rapat.
Katanya hanya dua daerah di negeri itu berada di zon hijau iaitu Tenom dan Telupid, manakala 16 daerah berada dalam zon merah, antaranya Kota Kinabalu yang mencatat 77 kes baharu COVID-19, Beaufort (29 kes) dan Tawau (26 kes).
"Manakala lima daerah berada zon jingga iaitu Sipitang, Kuala Penyu, Kinabatangan, Kalabakan dan Tongod; dan empat daerah zon kuning ialah Beluran, Nabawan, Ranau dan Tambunan," katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah mencatatkan 72,850 kes, manakala jumlah pesakit yang sembuh ialah 241 orang, menjadikan jumlah kumulatif 69,899 orang.
Masidi berkata, 2,109 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,652 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam, 415 orang di hospital dengan 55 daripadanya di unit rawatan rapi selain Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara (42 orang).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021
Masidi berkata ini dapat dilihat apabila 102 kes atau 42.68 peratus daripada keseluruhan 239 kes positif COVID-19 direkodkan pada Selasa, dikesan daripada saringan kontak rapat. - Bernama
Banjir: Jumlah mangsa di Selangor, Perak meningkat
Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak menunjukkan peningkatan dengan satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perak setakat 8 malam tadi.
Agenda SMJ nampak hasil positif lonjak ekonomi, tarik pelabur - Hajiji
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri.
LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang terus aman dan damai, dan mepunyai ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Anwar
Beyond the Score: How Alternative Data, AI are Opening Up New Doors for Credit Access
Credit scores are often misunderstood. Erick Hamburger, Group CEO of CTOS Digital Berhad, addresses these concerns and explains how alternative data - like telco payments and streaming subscriptions - and AI are transforming credit access, even for those lacking a traditional credit history.
MCAS nafi ada kaitan dengan GISB dan pergerakan Al-Arqam
Persatuan Mualaf Singapura (MCAS) menafikan sebarang kaitan dengan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISB) atau pergerakan Al-Arqam.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.
Kaji tambahan bilangan kerusi Parlimen di Sabah - Hajiji
Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.
Sarawak sahkan kejuaraan keseluruhan Para SUKMA 2024
Sarawak mengesahkan kejuaraan apabila merangkul 82 emas, 51 perak dan 72 gangsa, diikuti Sabah di kedudukan kedua dengan pungutan 62-42-31.
Dr Kathryn Anne Rivai perkasa pendidikan untuk kanak-kanak terpinggir di Sabah
Berhijrah lebih empat dekad lalu, Kathryn memberi banyak impak ke atas landskap pendidikan di Sabah menerusi kemahiran dan kepimpinannya.
Belia Sabah digesa manfaat peluang pelancongan luar bandar - Joniston
Kira-kira 400 peluang pekerjaan sepenuh masa dan sambilan ditawarkan susulan wujud lebih 80 perniagaan berkaitan pelancongan di Klulu.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
SESB bakal laksana pemasangan meter pintar
Sabah Electricity akan laksana projek pemasangan meter pintar dalam usaha menaik taraf kualiti perkhidmatan bekalan elektrik di negeri itu.
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
Sabah alu-alukan kenaikan peruntukan khas interim sementara tunggu tuntutan 40 peratus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik kenaikan peruntukan khas interim kepada RM600 juta untuk tahun depan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
Anwar dijadual tiba di SICC petang ini, pengerusikan Mesyuarat MTPMA63
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah jam 2.30 petang ini bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963.