KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat masih lemah dalam menguruskan pandemik COVID-19 walaupun telah lebih setahun Malaysia dilanda wabak tersebut.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata apa yang dilihat pada hari ini sangat bercelaru.
Ujarnya, tahap kesabaran rakyat Malaysia sudah di tahap maksimum dan kecewa melihat kepada kebijakan pemerintah terkait pandemik yang seperti tidak ada arah tujuan dan tidak membawa impak yang meyakinkan.
"Ini berkaitan laporan yang dihantarkan ke Jawatankuasa Darurat iaitu berkaitan unjuran. Kita seolah-oleh terkejut apabila sekarang 7,000 kes.
"Kita patut tahu 7,000 kes ini tiga minggu yang lalu kerana apabila ada mobiliti iaitu pergerakan di kalangan penduduk, kita tahu jumlah itu akan melonjak.
"Kita patut jangka tiga minggu lalu. Kalau bulan Mac tahun 2020, saya boleh faham kerana kita baru nak belajar. Tapi kalau sudah setahun masih belum lulus 'SRP', ini beban kepada rakyat," katanya dalam sidang media secara maya hari ini.
Beliau berkata demikian seiring pelancaran Program Strategi Pasca COVID-19 (PSPC19) dan Pelancaran Dashboard PascaCOVID-19 (DPC19) pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan keterbukaan dan saling bekerjasama perlu menjadi asas kepada pembangunan negara tatkala dilanda krisis ini.
"Amat penting untuk kita mendapat maklumat terperinci di peringkat paling bawah supaya kita tidak hanya buat satu andaian secara umum.
"Ini penting untuk kita tentukan dan ambil langkah-langkah (wajar), 'lockdown', mengetatkan SOP (sama ada secara) rambang, satu negeri, daerah.
"Ia tidak melihat data secara terperinci kerana keputusan-keputusan kita itu bercanggah, orang tidak yakin dan tanya kenapa masjid tidak boleh, kenapa kasino boleh?
"Jadi hal-hal ini tidak seharusnya berlaku kalau ada perancangan, penelitian dan tidak ada percanggahan kenyataan - menteri ini kata nak selamatkan ekonomi, menteri ini kata nak selamatkan kesihatan," tegasnya.
Justeru katanya penting untuk kerajaan membuat sebarang keputusan atau dasar berdasarkan data dan sains supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Antara objektif PSPC19 termasuklah:
• Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat umum mengenai situasi COVID-19 melalui pelbagai program libat-urus, penyaluran maklumat dan advokasi
• Melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, pihak berkuasa, dan pakar dari Malaysia serta antarabangsa, untuk membincangkan dan merumuskan cara untuk memerangi COVID-19
• Menubuhkan platform untuk mengumpul, menyaring, mencerakin dan berkongsi data yang telah dikurasi dengan pihak yang berminat dan komited dalam penyelidikan, analisis dan dalam membuat sesuatu keputusan
Harits Asyraf Hasnan
Wed May 26 2021
Ia tidak melihat data secara terperinci kerana keputusan-keputusan kita itu bercanggah, orang tidak yakin dan tanya kenapa masjid tidak boleh, kenapa kasino boleh? - Foto Astro AWANI
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka dilihat sebagai sokongan untuk perpaduan
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake, dalam Pilihan Raya Parlimen pada Khamis dipuji sebagai sokongan untuk perpaduan nasional.
Naik taraf pasar awam dilaksanakan di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik - Kor Ming
Kerajaan MADANI akan terus menaik taraf pasar awam usang di seluruh negara demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira fahaman politik, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.
Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu
Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang, menewaskan pesaingnya Robert Jenrick dengan undian 53,806 berbanding 41,388.
Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.
Pembangkang cuba wujudkan naratif palsu penyasaran subsidi RON95 - Muhammad Kamil
Hingga kini pembangkang bukan sahaja gagal memberikan kritikan membina, sebaliknya kerap mewujudkan spekulasi jahat, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan.
Hanya Syed Saddiq beri maklum balas draf MoU peruntukan pembangkang - Dr Zaliha
Hanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah memberikan maklum balas rasmi berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang setakat ini.
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.