KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia menunjukkan trend menurun bagi purata dua minggu.

Kadar itu kekal direkodkan 1.01 pada Sabtu.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.25, diikuti Perlis, Sabah, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Pahang, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya catat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.

Labuan pula catat lima kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini adalah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.