KUALA LUMPUR:Selangor masih mencatatkan jumlah kes harian baharu COVID-19 tertinggi pada Sabtu iaitu sebanyak 3,285 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.

Ia diikuti oleh Johor sebanyak 792 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 480 kes.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) pada 30 Januari 2021:

1) 5,728 kes direkodkan, dengan jumlah kes kumulatif kini adalah sebanyak 209,661 kes.

2) 13 kes kematian dicatat, menjadikan jumlah kes kumulatif kematian adalah 746 kes.

3) Selangor mencatatkan jumlah harian tertinggi dengan 3,285 kes.

4) Jumlah kumulatif kes sembuh baharu adalah 3,805 dan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 161,527 atau 77.04 peratus.

5) Jumlah kes di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 319 dan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan.

BACA: COVID-19: 5,728 kes baharu, Selangor tertinggi dengan 3,285 kes