KUALA LUMPUR:Sejak beberapa hari lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa bakal berlakunya pengisytiharan perintah darurat di negara ini susulan peningkatan kes COVID-19.
Perkara itu tentunya menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat seterusnya mencetuskan perbincangan hangat.
Bagaimanapun, tahukah anda, sekiranya Malaysia mengisytiharkan proklamasi darurat, negara ini bukan negara pertama di dunia untuk berbuat demikian bagi mengawal penularan wabak COVID-19?
Menurut Pusat Hak Sivil dan Politik (CCPR), sejumlah 79 negara telah atau pernah mengumumkan perintah darurat yang dilaksanakan pada pelbagai tahap.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Darurat? Ini perkembangan politik negara
Berdasarkan data CCPR yang diterbitkan di Data Studio Google bertajuk ‘COVID-19 State of Emergency Data’, negara-negara yang pernah atau sedang melaksanakan perintah darurat termasuk Australia, Perancis, Finland, Indonesia, Filipina, Jepun dan Thailand.
Pada 15 Oktober, Perancis melaksanakan darurat kesihatan yang memberikan kuasa kepada para pegawai untuk mengenakan tindakan baharu dalam membendung pandemik itu.
Kerajaan Perancis berkata wabak COVID-19 tergolong sebagai bencana kesihatan kerana ia membahayakan kesihatan rakyat negara itu dan mengorbankan nyawa.
Di Sepanyol pula, kerajaan negara itu mengumumkan perintah darurat pada 9 Oktober lalu di Madrid susulan peningkatan kes COVID-19 di ibu negara itu.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat lalu berkata, Jepun juga pernah melaksanakan perintah darurat pada April lalu yang berlanjutan selama satu setengah bulan.
"Di Jepun, Itali (juga melaksanakan darurat) dan Romania telah menangguhkan pilihan raya mereka kerana COVID-19.
“Malah, di Amerika Syarikat, ada 48 negeri daripada 50 negeri diisytiharkan darurat,” kata Dr Mohd Azizuddin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika pengisytiharaan darurat dilaksanakan di negara ini, ia tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara.
BACA: Enam darurat yang pernah diisytiharkan di Malaysia
Sebaliknya, perintah darurat itu boleh dilakukan di negeri-negeri tertentu sahaja.
"Cuma saya rasa darurat ini tidak mesti melibatkan seluruh negara tetapi boleh diisytiharkan di negeri-negeri tertentu, misalnya Sabah yang agak tinggi kes COVID-19.
“Jadi, boleh diisytiharkan di Sabah sahaja berbanding di negeri lain," katanya.
Satu pertemuan antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja-Raja Melayu dijangka akan diadakan pada Ahad (25 Oktober) di Istana Negara bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
BACA: Darurat: Kabinet masih berfungsi, tertakluk keputusan Yang di-Pertuan Agong - Penganalisis
Menurut sumber, pertemuan khas itu dijadualkan akan bermula pada jam 2.30 petang dan hanya akan melibatkan Raja-Raja Melayu dan tidak akan melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik.
Sebelum ini, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdul Aziz, Kuantan pada Jumaat.
Isabelle Leong
Sun Oct 25 2020
Tahukah anda, sekiranya Malaysia mengisytiharkan proklamasi darurat, negara kita bukan negara pertama di dunia untuk berbuat demikian bagi mengawal penularan wabak COVID-19? - Gambar fail
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Cadangan Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan perubahan waktu bekerja sektor awam di negeri itu kepada empat hari setengah tidak akan menjejaskan produktiviti sektor awam.
AWANI Borneo [22/11/2024] – Masuk laluan bertengangan | Rampasan lebih RM20 | Kedudukan Sabah strategik
AWANI Borneo Jumaat, 22 November 2024 bersama Assim Hassan
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
Lari dari pemeriksaan polis punca kemalangan korbankan lapan nyawa di Sarikei.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
Kedatangan pelancong China ke Sabah meningkat 905.9 peratus
PBB beri amaran lebih 2 juta nyawa penduduk Gaza terancam akibat sekatan berterusan
PBB memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza, dengan lebih dua juta nyawa rakyat Palestin kini terancam.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam lawat Petronas
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam mengadakan lawatan ke Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Menara Berkembar Petronas hari ini.
Sarawak labur RM100 bilion bangunkan prasara bertaraf dunia
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelaskan ia antara agenda meningkatkan pendapatan Sarawak yang akan dilaksanakan dalam fasa kedua PCDS bermula 2025.
ICU hospital baharu di Sarawak berdinding
Setiap hospital baharu di Sarawak bakal memiliki reka bentuk unit rawatan rapi (ICU) dengan dinding kaca yang membolehkan mereka memandang ke luar.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, ini bagi membolehkan pesakit terdedah sinaran matahari dan membantu psikologi mereka.
Tentera Myanmar lanjut darurat 6 bulan lagi
Lanjutan peraturan darurat ini untuk memberi junta lebih masa mengumpulkan data penduduk bagi senarai pemilih.
Tragedi 9/11: Biden lanjutkan status darurat kebangsaan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden melanjutkan status darurat kebangsaan berkaitan serangan pengganas pada 11 September 2001 untuk tempoh setahun lagi, lapor Sputnik.
Gunung sampah terbakar di Bandung
Kebakaran gunung sampah di Tapak Pembuangan Akhir Sarimukti di Cipatat, kabupaten Bandung Barat dilaporkan bermula sejak 19 Ogos lalu.
Perintah darurat di British Columbia, Kanada kerana kebakaran hutan
Darurat telah diisytiharkan di wilayah British Columbia Kanada ketika kebakaran hutan yang dahsyat terus melanda wilayah itu pada Jumaat.
Wilayah Kanada isytihar darurat akibat kebakaran hutan
Menurut pihak berkuasa, hampir 25,000 penduduk setempat terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Darurat diisytihar di Sri Lanka
Polis juga telah menggunakan gas pemedih mata ke atas orang ramai yang melakukan tunjuk perasaan anti kerajaan.
Uzbekistan isytihar darurat di wilayah Karakalpakstan
Uzbekistan pada Sabtu mengumumkan darurat selama sebulan di wilayah autonomi Karakalpakstan susulan protes yang sedang berlaku.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Mei 2022.
Sudan tarik semula perintah darurat seluruh negara
Arahan itu dibuat bertujuan menyediakan suasana untuk dialog yang boleh capai kestabilan bagi tempoh peralihan.