KUALA LUMPUR: Hanya 1.5 peratus atau 201 daripada 13,104 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi adalah terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.
Kategori tiga adalah mereka yang mempunyai radang paru-paru, empat memerlukan bantuan oksigen dan lima pula memerlukan bantuan pernafasan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 12,903 kes atau 98.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua, bergejala ringan.
"Daripada jumlah kes baharu juga, lapan adalah kes import melibatkan tiga warganegara dan lima rakyat asing manakala 13,096 kes pula melibatkan penularan dalam negara iaitu 11,892 warganegara dan 1,204 rakyat asing.
"Sebanyak 20,971 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini ialah 1,989,512 iaitu 90.5 peratus," menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
BACA: Terus catat penurunan, 13,104 kes baharu COVID-19 hari ini
Beliau berkata terdapat 1,058 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) merangkumi 850 yang disahkan positif COVID-19 manakala 208 lagi adalah disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.
Katanya sebanyak 580 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 365 yang disahkan positif COVID-19 manakala 215 lagi adalah disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.
Dr Noor Hisham juga berkata 12 kluster baharu dikesan dengan enam daripadanya berkaitan tempat kerja manakala enam lagi membabitkan penularan dalam komuniti.
Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) pada jangkaan mengikut kes harian semalam untuk seluruh negara ialah 0.91 manakala jika mengikut negeri, Pahang dan Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.02.
"Semua negeri lain mencatatkan Rt di bawah 1.0 iaitu Terengganu 0.98, Perak dan Kelantan masing-masing 0.97, Sarawak (0.96), Johor (0.95), Perlis (0.93), Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor masing-masing 0.89, Pulau Pinang (0.88), Sabah (0.86), Kedah (0.85), Kuala Lumpur (0.84) manakala Labuan (sifar)," katanya.
Dr Noor Hisham berkata data kematian akan dimuat naik dan dipaparkan menerusi laman Github dan laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my pada tengah malam ini.
Beliau juga berkata setakat 13 Sept lepas, sebanyak 758,919 ujian RTK-Ag (kendiri) telah dijalankan dengan 14.5 peratus atau 107,421 individu dikesan positif COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata baki 12,903 kes atau 98.5 peratus adalah terdiri daripada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua, bergejala ringan. - Gambar fail/BERNAMA
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.