RAUB:Hampir 105,000 daripada 892,000 pekerja asing di negara ini telah menjalani ujian saringan COVID-19 setakat semalam, kata Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Beliau berkata sebanyak 574 klinik telah dilantik di negeri-negeri zon merah bagi membolehkan pekerja asing di lokasi berkenaan menjalani ujian tersebut dalam usaha mengekang penularan pandemik itu.
"Majikan yang masih belum menyaring pekerja asing mereka diminta berbuat demikian. Program ini berterusan dan kita harap kesemua pekerja asing disaring dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Misi Bantuan Prihatin Bantu Mangsa Banjir di sini hari ini.
Pada Disember lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dilaporkan berkata semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing mereka menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 1 Jan 2021 bagi menangani penularan pandemik itu dengan kos ujian ditanggung oleh majikan.
Terdahulu, Mohammed Azman menyampaikan bantuan kepada 65 keluarga melibatkan 217 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Serba guna Gali Hilir, di sini.
Menerusi program tanggungjawab sosial korporat Misi Bantuan Prihatin itu, mereka menerima bantuan wang tunai, makanan serta kelengkapan asas seperti pakaian, tuala dan sejadah.
"Misi bantuan yang pertama di Pahang ini turut melibatkan kira-kira 35 sukarelawan daripada kakitangan Perkeso untuk membantu mangsa banjir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021

Hampir 105,000 daripada 892,000 pekerja asing di negara ini telah menjalani ujian saringan COVID-19 setakat semalam, kata Perkeso. - Gambar fail/BERNAMA

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 27 April hingga 2 Mei di Perlis
Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTQHK) Tahun 1446H/2025M akan diadakan pada 27 April hingga 2 Mei ini di Perlis.

KKR perluas penggunaan teknologi BIM dalam pembinaan jalan raya
Penggunaan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) akan diperluas dalam pembinaan lebuh raya dan jalan raya, sebagai satu usaha memendekkan tempoh pengurusan sesuatu projek siap.

MTCDP sokong pertumbuhan 348 MTC sehingga kini - MATRADE
MATRADE berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 MTC daripada pelbagai sektor melalui MTCDP sehingga kini.

Terengganu semak semula garis panduan hiburan, persembahan kebudayaan dan sukan
Kerajaan Terengganu akan menyemak semula Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan dan Sukan negeri.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Adam Adli gesa mangsa penipuan aktiviti sukan buat laporan polis
Timbalan Menteri Belia dan Sukan saran mangsa penipuan melibatkan aktiviti sukan buat laporan polis agar tindakan tegas dapat diambil.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju.

Sarawak terajui peranan tangani perubahan iklim menerusi pembangunan lestari
Sarawak teguh dengan dasar penyahkarbonan dan kelestarian, memainkan peranannya dalam perjuangan memerangi perubahan iklim demi kepentingan umat manusia sejagat.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Konsert: Cadangan saringan air kencing libatkan individu timbulkan syak sahaja
Cadangan pelaksanaan ujian air kencing sebelum memasuki konsert di Selangor hanya melibatkan individu yang menimbulkan syak sahaja.

Mpox: 2.64 juta pengembara disaring, tiada kes disyaki - KKM
KKM memaklumkan tiada kes disyaki mpox dikesan daripada hampir 2.64 juta pengembara yang disaring di pintu masuk antarabangsa.

Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.

Regency Specialist Hospital bakal anjurkan kempen saringan diabetes
Sasar 3,000 penyertaan dan usaha untuk mencipta rekod baharu dalam Malaysian Book of Records.

COVID-19: CDC tamatkan keperluan ujian saringan pelancong dari China
CDC berkata, pihaknya akan terus memantau kes di China dan di seluruh dunia.

Lebih 1,000 pesakit kanser baharu dikesan di Pahang
Daripada jumlah itu, kira-kira 600 individu yang dikesan disahkan mengidap penyakit kanser tahap 3 dan 4.

Laksana dua langkah segera elak COVID-19 merebak
Pelaksanaan ujian saringan COVID-19 di pintu masuk negara serta pemberian dos penggalak kedua kepada warga Malaysia perlu dilakukan segera.

#SuaraMalaysia: Boleh tak YB? 95 peratus setuju calon PRU15 disaring pihak berkuasa
Didapati 95 peratus setuju calon PRU15 perlu disaring pihak berkuasa, dua peratus tidak setuju manakala tiga peratus lagi tidak peduli.