Kerajaan negeri Melaka melalui empat pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini menyasarkan 1,233 kawasan untuk operasi nyah cemar bagi mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya di kawasan tumpuan awam.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata daripada jumlah itu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyasarkan 460 lokasi di kawasan pentadbirannya, Majlis Perbandaran Hang Tuah (MPHTJ) (256), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) (286) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) (231).
Beliau berkata daripada jumlah itu, MBMB telah melaksanakan operasi nyah cemar di 20 kawasan, MPHTJ (8), MPAG (28) dan MPJ (39) sejak 18 Mac hingga Selasa.
"Operasi nyah cemar itu dilakukan di tempat ibadat, taman permainan, pasar, klinik dan taman perumahan dan ia dilakukan secara berperingkat dan mengikut keperluan semasa bagi mengekang penularan wabak COVID-19," katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.
Sementara itu, Abdul Ghafaar berkata hampir keseluruhan premis jualan makanan atau pasar raya di negeri ini mengikut arahan pengoperasian yang dikeluarkan PBT di negeri itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan setakat hari ini.
"Kita boleh anggarkan tahap pematuhan dari segi pengoperasian premis jualan di negeri ini amat tinggi iaitu 95 peratus. Mereka mematuhi waktu operasi yang telah ditetapkan iaitu sehingga 7 petang sepanjang PKP dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020
![COVID-19: Empat PBT Melaka sasar nyah cemar 1,233 kawasan COVID-19: Empat PBT Melaka sasar nyah cemar 1,233 kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585661596_TBNYAHCEMARx.jpg)
Melaka menyasarkan 1,233 kawasan untuk operasi nyah cemar bagi mengekang penularan wabak COVID-19 khususnya di kawasan tumpuan awam. -Gambar fail
![E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128633_MohdHidayatMohdSa.jpg)
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
![Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721122322_ZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
![Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710754100_MohdNazifuddinNaji.jpg)
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
![Takziah buat keluarga Abdul Ghafaar, Allahyarham sahabat saya - Hamzah Takziah buat keluarga Abdul Ghafaar, Allahyarham sahabat saya - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637135884_HamzahZainudinAbd.jpg)
Takziah buat keluarga Abdul Ghafaar, Allahyarham sahabat saya - Hamzah
Jelas Hamzah, Allahyarham merupakan sahabat baiknya sepanjang karier politik.
![Bekas ADUN Asahan, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia Bekas ADUN Asahan, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61637133174_AbdulGhafaarAtan.jpg)
Bekas ADUN Asahan, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia
Allahyarham yang juga bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka.
![COVID-19: Empat PBT Melaka sasar nyah cemar 1,233 kawasan COVID-19: Empat PBT Melaka sasar nyah cemar 1,233 kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41585661596_TBNYAHCEMARx.jpg)
COVID-19: Empat PBT Melaka sasar nyah cemar 1,233 kawasan
MBMB telah melaksanakan operasi nyah cemar di 20 kawasan, MPHTJ (8), MPAG (28) dan MPJ (39) sejak 18 Mac hingga Selasa.