Empat lagi disahkan positif dalam kalangan kumpulan sekolah tahfiz dan madrasah menjadikan keseluruhan 695 kes dikesan daripada kumpulan itu, setakat Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan saringan ke atas 15,318 pelajar dan kakitangan dari 407 sekolah tahfiz dan madrasah.
"Daripada 21,722 sampel yang dikenal pasti, sebanyak 15,318 sampel atau 70.5 peratus daripada jumlah itu telah diuji.
"Daripada jumlah itu, 695 kes disahkan positif termasuk empat kes terbaharu yang dikesan semalam (Sabtu)," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Ahad.
Bagi kluster perhimpunan Masjid Sri Petaling yang melibatkan lima generasi pula, kata beliau, menyaksikan satu lagi kes positif dalam tempoh 24 jam.
Sementara itu, beliau juga berkata, tiada pertambahan kes di pasar awam dan pusat jagaan warga emas.
Dalam perkembangan berasingan, sebanyak 35,530 warga asing telah menjalani ujian pengesahan COVID-19 sehingga Ahad dan 1,965 daripada mereka disahkan positif jangkitan itu.
Empat daripada mereka katanya, dilaporkan meninggal dunia dan tiada pesakit yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
"Kita masih lagi menunggu keputusan 733 sampel lagi," jelasnya.
Astro Awani
Sun May 31 2020
![COVID-19: Empat lagi kes dikesan di sekolah tahfiz, madrasah COVID-19: Empat lagi kes dikesan di sekolah tahfiz, madrasah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590926355_DatukDrNoorHisham.jpg)
Dr Noor Hisham berkata, setakat ini, KKM telah melakukan saringan ke atas 15,318 pelajar dan kakitangan dari 407 sekolah tahfiz dan madrasah. - Gambar BERNAMA
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![COVID-19: Empat lagi kes dikesan di sekolah tahfiz, madrasah COVID-19: Empat lagi kes dikesan di sekolah tahfiz, madrasah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590926355_DatukDrNoorHisham.jpg)
COVID-19: Empat lagi kes dikesan di sekolah tahfiz, madrasah
Empat lagi disahkan positif dalam kalangan kumpulan sekolah tahfiz dan madrasah, menjadikan keseluruhan 695 kes dikesan daripada kumpulan itu, setakat Ahad.