Dua kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Jumaat melibatkan wanita warga Jepun berusia 41 tahun yang bekerja di Malaysia serta lelaki Itali berumur 54, menjadikan jumlah kumulatif kes itu sehingga kini ialah 25 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita yang merekodkan kes ke-24 itu mempunyai sejarah perjalanan ke Jepun pada Januari dan ke Indonesia pada awal Februari.
Menurutnya, pesakit mempunyai gejala demam dan telah mendapat rawatan pada 17 Feb sebelum dimasukkan ke hospital swasta pada 20 Feb.
"Ujian pengesanan COVID-19 diambil bagi kes ini dan disahkan positif pada 27 Feb. Kini beliau sedang dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kes ke-25 melibatkan seorang lelaki warganegara Itali yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan telah menetap di negara ini serta mempunyai sejarah perjalanan ke Itali atas urusan kerja pada 15 hingga 21 Feb.
Menurutnya, lelaki itu mula mengalami gejala demam, batuk, sakit sendi dan sakit badan pada 22 Feb sebelum mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar bagi gejala yang dialaminya selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 23 hingga 25 Feb.
"Ujian saringan pengesanan COVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 28 Feb. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya," jelasnya.
Dr Noor Hisham berkata daripada 25 kes positif itu, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini ialah tiga orang.
Sementara itu, beliau berkata pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster COVID-19 bersama pelbagai agensi diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pda 26 Feb lepas telah meneliti status terkini COVID-19 di seluruh dunia serta di Malaysia dan memutuskan beberapa langkah untuk tindakan.
Langkah yang diambil ialah mengenakan sekatan masuk sementara terhadap pelawat Korea Selatan dari Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo, termasuk rakyat asing yang pernah berada di bandar dan wilayah itu dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan ke Malaysia.
Ini meliputi pelawat yang transit melalui Malaysia, kata Dr Noor Hisham.
Selain itu, rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas (pas lawatan sosial jangka panjang dan pas pelajar) yang pernah berada di Bandar Daegu dan Daerah Cheongdo dalam tempoh 14 hari sebelum ketibaan ke Malaysia perlu menjalani tapisan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan, katanya.
Beliau berkata bagi meningkatkan kawalan di Pintu-pintu Masuk Antarabangsa Negara, Jabatan Imigresen akan turut menyediakan kaunter khas untuk pelawat dari Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.
Selain itu, beliau berkata kementerian terus mengambil inisiatif memantau secara rapi perkembangan jangkitan COVID-19 di Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran serta negara-negara lain yang turut melaporkan kes.
"Buat masa ini rakyat Malaysia dinasihat agar menangguhkan perjalanan ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China (seperti yang dimaklumkan sebelum ini) dan juga di Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.
"Langkah-langkah di atas berkuatkuasa serta merta. Pihak berkuasa Malaysia akan membuat penilaian berterusan dalam usaha mengawal dan menghapuskan COVID-19. Langkah-langkah itu akan dibatalkan sekiranya keadaan pulih semula," katanya.
Orang awam juga dinasihat, sekiranya bergejala dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari melawati China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran - untuk memaklumkan mengenai sejarah perjalanan itu kepada pengamal perubatan apabila pergi mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020
Dr Noor Hisham berkata daripada 25 kes positif itu, sebanyak 22 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan kes yang masih menerima rawatan di wad pada ketika ini ialah tiga orang. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
India kekal negara paling ramai penduduk abad ini - PBB
India dijangka kekal sebagai negara paling ramai penduduk di dunia dan berdepan tekanan ekonomi dan alam sekitar.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
Xiaohongshu dinilai US$17 bilion, platform sosial China paling pantas berkembang
Ia menawarkan bentuk paparan grid dan mengabungkan perkongsian gambar dan video.
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
Xi Jinping seru SCO berwaspada terhadap ancaman berbaur Perang Dingin
Presiden China, Xi Jinping menyeru negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) berwaspada terhadap ancaman yang berbaur Perang Dingin.
China sokong usaha Kazakhstan untuk sertai BRICS
Pengumuman dibuat dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan antara Presiden Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev.
OpenAI bakal tinggalkan China, syarikat AI lain mungkin menyusul
OpenAI mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa mereka akan meninggalkan pasaran China pada 9 Julai ini.
Aplikasi SuperApp untuk rujukan pemaju hartanah dan pembeli menjelang tahun depan - KPKT
Aplikasi SuperApp menyediakan berbagai layanan dalam satu platform, dijangka dilancarkan tahun depan.
China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan.
BAJC: China lebur impian Malaysia ke pentas final
Impian skuad negara untuk pertama kali mara ke final Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2024 lebur apabila tewas 1-3 kepada China.