SEREMBAN:Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini turun padang meninjau pelaksanaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 di sebuah kilang elektronik di sini.
Beliau yang meluangkan masa kira-kira 20 minit turut diberi taklimat oleh pengurusan kilang berkenaan, yang turut disertai Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Datin Dr Harlina Abdul Rashid.
Dr Adham ketika ditemui media berkata beliau membuat lawatan ke kilang itu selepas 61 daripada 416 individu yang disaring disahkan kes positif dengan kadar positiviti 14.7 peratus.
"Kita telah menjalankan tanggungjawab kita melalui penguatkuasaan dengan mengarahkan penutupan kilang ini dari 3 hingga 9 Feb untuk kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi. Kita akan terus beri pendidikan kesihatan kepada pengurusan kilang dan pekerja untuk memutuskan rantaian COVID-19 di kawasan ini," katanya di sini.
Beliau berkata setiap kilang di negara ini terdedah kepada jangkitan COVID-19 dan sehingga semalam terdapat empat kluster baharu melibatkan kilang direkodkan dengan dua di Selangor dan masing-masing satu di Johor dan Negeri Sembilan.
Dr Adham berkata dalam gelombang ketiga COVID-19, 157 kluster membabitkan kilang direkodkan dengan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 38,849 kes.
"Kita juga telah menyaring 147,916 individu yang dikesan sebagai kontak rapat, sama ada positif atau negatif, dan kita dapati 157 kluster ini merupakan kluster tertinggi daripada keseluruhan 446 kluster tempat kerja dalam gelombang ketiga COVID-19," katanya.
Beliau berkata semua pengusaha kilang di negara ini juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan pada setiap masa untuk membolehkan mereka terus beroperasi, sekali gus membantu memutuskan rantaian COVID-19.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru semua majikan supaya mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
"Kita juga telah memaklumkan kepada pihak majikan di tempat kes-kes positif COVID-19 dikesan, kita rawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital manakala kontak rapat mesti diasingkan.
"Alhamdulillah pihak majikan telah menyediakan pusat kuarantin yang bersesuaian dan mematuhi keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (dua, kiri) semasa mengadakan lawatan lapangan di sebuah kilang elektronik di Taman Tuanku Jaafar, hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
"Saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan."

Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

Tempoh menunggu rawatan kanser paling lewat sebulan, bergantung kesihatan pesakit
Tempoh menunggu bagi rawatan kanser di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) sekurang-kurangnya mengambil masa paling lewat sebulan.

ASIAN MEDTEC 2024 perkukuh reputasi Malaysia dalam teknologi, peranti perubatan
ASIAN MEDTEC 2024 bakal memperkukuh reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan pengeluaran dan aktiviti rantaian bekalan peranti perubatan.

Sidang Media Khas COVID-19 jam 4 petang ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan Sidang Media Khas berhubung perkembangan COVID-19, jam 4 petang ini.

Rombakan Kabinet: Dr Dzulkefly tekad teruskan agenda reformasi kesihatan
Menurut Dr Dzulkefly, antara program tersebut termasuk transformasi digital kesihatan dan kewangan kesihatan.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan
Faktor kesihatan merupakan salah satu kriteria penting supaya mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan pada masa-masa akan datang.

COVID-19 bukan lagi 'kecemasan antarabangsa' - KKM
Perkara itu susulan daripada hasil mesyuarat Jawatankuasa Darurat Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa pada 4 Mei lalu di Geneva.

'Banyak keputusan sukar diambil ketika bersama Ismail Sabri' - KJ
Khairy berkata, berkhidmat di bawah Ismail Sabri dan memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan pada ketika itu merupakan satu episod yang tersendiri.